Wednesday 28 March 2012

Study vs. Kerja~

1. Kelas paling kejap 2 jam paling lama 8 jam ~ kerja fixed 8 jam + OT malam2 kat rumah! :(

2. Gi kelas boleh tido, berangan, bergosip ~ Gi kerja boleh bergosip je!

3. Kalo study ada assignment, boleh tiru, cari kt tenet, copy paste ~ Kalo keje kena buat betul2, bile xtaw mula la mulut nie nak sebut " gila la camnie" " mati la cam ni "..astagfirullahhalazim (geleng kepala)

4. Kalo study, bila tension terus gi tengok wayang ~ Kalo keje, bila tension hadap la tension tu, takde masanya nak gi tengok wayang!

5. Kalo study siang2 boley tido ~ Kalo keje siang2 tak boley tido

6. Kalo study, bila nak hantar assignment lenggang lenggok je jalan ~ Kalo keje, bila nak submit keje kat boss dah macam lari 100 meter, ketiak basah, air-con pun dah tak rase ade je yang xkene!

Tapi..

7. Kalo study ada exam ~ kerja takde exam, takyah nak bersengkang mata belek buku, otak beku menghafal

8. Kalo study tak dapat duit ~ kerja dapat duit

9. Kalo study, jari keras menulis ~ kalo kerja tekan2 keyboard laptop je, tapi mata juling bila nak cek report!

10. emmmmm.. xde idea dah

So, study or kerja best??? emmm.. dua2 sama je! kadang2 study best, kadang2 kerja best! bersyukur la walau apa pun situasi, asyik nak merungut je!

Tapi!!!!!!!!!!! malam ni sangat malas giless2 nak buat keje. seriously muak dah tengok file pink nie!!! cepat la bulan july! tak sabar nak habiskan praktikal ni! 

kesimpulannya : merungut lagi! :)








Tuesday 27 March 2012

Taiping bandar Warisan~

Assalamualaikum.. :)

Weekend kali ni gi Taiping pulak. Pagi2 lg cik Leha dah massage ajak gi Taiping, photoshoot  katanya. Bab2 jalan takde masalah la kn. boleh aje. Sampai mak kata bila nak dok rumah masak??? hehe sowie la mak.. weekend nie owang janji dok rumah masak ye mak ye..
Cantik jugak pemandangan Taman Tasik Taiping nie.. Berjaya la misi cik Nahu & Cik Mira yang perasan super model 2..huhu


disebalik tabir photographer & pembantu..wink..wink..:)


perasan model..huhu


Dah alang2 sampai sini, tringin jugak nak membesarkn betis kayuh itik..huhu 
tp baru 5 minit naik dah penat..tak fit langsung!


best pren 4 ever :)


Dah syok2 lepak tetiba ujan lebat. mission fail!! mati kutu tak taw nak gi mane. last2 gi museum..boley???rombongan sekolah rendah dulu boley la kan.. hahah museum pun museum la.. best jugak! orang gi museum cari ilmu, kiteorg gi museum tangkap gambar lebih..hehe





Thank korang bawak aku jejalan..len kali ajak lg ye..love korang sangat2...:)








Thursday 22 March 2012

Fly ke Kota Kinabalu (day3)~

last day kat KK..kali nie bangun lambat sebab aktiviti ronda2 KK je.. lepas kemas2 barang terus pergi breakfast. hangkut bag besar skali gi kedai makan. pastu sume orang tengok..haha oh ya..makanan kat sana sangat la tak kena dengan anak tekak nie! maybe selera orang semenanjung nie lain kot. So, lebih baik beli ikan2 segar then masak sndiri..


perot dah kenyang, hati dah senang, driver pun sampai kteorang pun gerak la pusing2 KK. First tempat Jesselton Point Waterfront, jetti untuk island hoping. cantik jugak tempat dia. 






Si gebob2 mia yang pantang nampak camera :)


One Borneo. Shopping mall paling besar kat KK. Kebetulan de event, dapat la amik gambar dengan 2 penari tu.



last tempat Sabah State Museum & Heritage Village. Banyak jenis2 rumah panjang & sejarah silam Sabah ada kat sini. 
Then check in flight 7.30 pm.. berakhir la percutian ke sabah.
next ke mana??? USS sentiasa dlm otak nie!!! waaaaa bile dapat pegi nie!!!! Hope b4 bulan puasa nie dapat pergi gak!!!!!!







Wednesday 21 March 2012

Fly ke Kota Kinabalu (day2)~

Pagi2 lagi dah bangun hari ke 2 ni..see mount kinabalu kt blakang. seriously clear nampak gunung kinabalu. sesiapa nak book Satinah homestay nie boleh call  0138724900

Ok, jom kita pergi New Zealand pulak..






Feeling2 New Zealand beb..huhu actually nie kt Desa Diary Farm, Kundasang. Cantik sangat view kat sini. Nak dapat view cantik kena datang pagi2, kalo lambat kabus akan tutup mount kinabalu tu.

ada jual fresh milk jugak.. nak perah susu lembu pun boleh tp waktu petang. susu nie hanya ada kat sabah jerk.




Next destination balik ke KK. time for shoppinggg..weeee





Duit tak banyak habis pun. semua sponser..huhu untung la anak bongsu.. :)

Continue next entry~











Fly ke Kota Kinabalu (day1)~

Alhamdulillah sampai juga di Kota Kinabalu. Banyak gile halangan nak pergi tapi akhirnya sampai jugak. Nak kata last minute plan tak jugak sebab tiket dah book tahun lepas lagi RM10 je. anyone can fly with Air Asia huhu..Totally agree dengan tagline deorang. Tapi yang pasti last minute decide nak pergi. Pukul 12 bus ke LCCT, pukul 10 baru betul2 decide nak pergi & kemas2 barang. Nak bawak baju pe nie?? mana tudung nie?? nak bawak pe lg???? huhhh mengelabah gila masa 2..
Kali ni adventure sikit. Dari ipoh sorang2 naik shuttle bus ke LCCT sebab yang lain dah pergi dulu hari khamis. Tiket shuttle bus dari ipoh ke KLIA & LCCT RM42. Bus nie besar, selesa & deorang akan bagi air mineral setiap orang. Budget sampai LCCT pukul 4 last2 sampai pukul 3 sebab dia tak singgah KLIA. So, sorang2 lagi tunggu my sis sampai.

Naik sama flight dengan Sam uolls..huhu seriously sporting & peramah Sam ni. Dia yang cakap hai masa nak turun fligh..rasa nak pegsan kejap..hahaha <tak tipu ok!!> 

Sampai2 Airport KK supir & family abang pick up kiteorg terus ke kundasang. Jalan kesana bengkang bengkok macam gi cameron. yang seramnya kiri kanan de rumah orang, balkangnya ada gaung. Dah la driver bawak laju gila. dalam hati ni mengucap banyak2 la.

On the way ke kundasang tu ada pasar. lebih kurang macam cameron jugak. ada jual buah, sayur, bunga ros pun ada.


First tempat singgah Sabah Tea Garden. kat sini singgah kejap jerk sbb sama je macam cameron. Tapi cameron lagi cantik kot.

Next, terus ke Poring Hot Spring, Ranau. Ada banyak kolam air panas kat sana. Ada jugak taman rama2. Tapi yang lebih adventure Canopy Walk. kiteorang datang sini just nak naik Canopy Walk. 41 meter tinggi 157.8 meter jauh.. mampu??? haha mengah beb. Setiap tempat kena bayar. Lebih kurang RM3. Setiap camera & video camera pun kena charge jugak RM5 & RM30.





Dah penat masuk hutan, Kiteorg pergi tengok bunga rafflesia. Alhamdulillah ada rezeki dapat tengok. Hujan pun sanggup redah. Bunga ni hanya kembang 5-6 hari je setaun. Kebayakan blakang rumah orang ada bunga ni. Tapi kena bayar kalo nak tengok RM10 sorang.

Baru 2 hari kembang

posing dari jaoh jerk sebab bunga nie tak boleh sentuh, nanti dia mati.

Dah puas tengok bunga, ketorang pun terus gerak ke Sutinah homestay. Boley view clear mount kinabalu. Semua dah keletihan & kelaparan. So malam 2 kiteorg buat BBQ and my sis masak ikan masak stim.. pehhh sodap!!!

Sambung next entry~





















Wednesday 14 March 2012

Practical~

Hai...lamanya tak update. Still takde mood nak update about KK. Nanti2 la crita pasal KK. Now nak story about practical. first2 start seriously tak sabar!! awal2 lagi dah iron baju, kemas2 barang nak bawak.. 1st week then 2nd week enjoy, balik rumah lenggang kangkong tak bawak apa2..Masuk 3rd week dah jadi gile!!! banyak gile keje nak buat! sambung OT kat rumah sampai kol 1, hari2 bawak file pink balik! kiri kanan tangan ada barang! waaaaaaa stressssssssss. camni ke keje nanti??? klo dah kawen confirm laki kemana anak kemana..hahahha
Tapi sekarang dah bley adapt. Dah terbiasa buat keje malam2. Bila takde keje still tak boley tido awal..huhu 
Member2 practical semua sempoi! dapat geng 1 kepala! hari2 question??? harini makan mana wei???? banyak jugak la kedai2 makan kat sana dah rasa. seberang jalan besar ramai2 pegang tangan, skali kena hon, memag kena menyumpah la driver 2..
Sekarang tengah audit luar, boley la relax2 sikit.. balik awal, makan sesuka hati pkul brapa, update blog pun sempat. k la taknak bebel panjang nanti orang menyampah baca.hehe Bye! 
Jap2..layan gambar dulu...








Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™