Tuesday 22 May 2012

Apam polkadot yang tak berseri-seri~

Assalamualaikum..

Bila tengah puasa ni semua makanan nampak sedap. Bila time tak puasa tu takde pun teringin nak makan pape. So memandangkan semalam rajin terlebih, tambah pulak keinginan yang terlampau untuk buat apam polkadot, maka bersemagat waja la aku buat apam polkadot malam tadi. :) Petang sebelum balik keje dah siap-siap google resepi then balik keje terus singgah beli barang-barang. Yang malangnya nak beli pewarna tersalah beli perisa. Jemmmm2.. So gunala pewarna yang ada kt rumah je.

Ni la apam polkadot yang takde seri 2..heheh pudar je kaler dia. Nak tunjuk orang pun malu. Tapi walaupun takde seri rasa dia tetap ok. :) cuma kurang pewarna jerk..hehe first time cuba kira lulus la nie kn.

Ni resepi dia:

Bahan-bahan
275 gm tepung gandum & 3 sudu teh baking powder (diayak sekali)
220 gm gula halus150 ml susu cair
3 biji telur gred A yang sejuk (simpan dalam peti ais)1 sudu kecil ovelette (sponge kek stabilizer)1 sudu esen vanillaPerasa atau inti mengikut citarasa masingPewarna ikut sesedap mata memandang 


Cara membuat
1. Pukul putih telur sehingga kembang
2. Masukkan ovelette, kuning telur, esen vanilla pukul sehingga kembang lagi
3. Masukkan gula pula dan pukul sehingga kembang
5. Masukkan camburan tepung dan baking powder diselang-seli dengan susu dan pukul sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
5. Masukkan setiap adunan kedalam paiping bag atau nak jimat guna plastik
6. Picit adunan kedalam mangkuk kertas (separuh)
7. Masukkan perasa atau inti
8. Masukkan adunan sehingga penuh dan dot dot kan.
9. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana 

* Pewarna kena pekat sedikit sebab apam akan mengembang. (untuk mengelak apam yang tak berseri :) )
* Kurangkan sedikit tepung untuk mengelakkan apam keras
* Api tak boleh kuat. Tapi kalo slow sangat bertahun nak tunggu apam masak. kesimpulannya sederhana je.
* Balut penutup kukus untuk mengelak air wap terjatuh atas apam

Sekian..lain kali nak cuba lg :)











Thursday 17 May 2012

Raya kecil-kecilan~

Assalamualaikum..

Salam jumaat semua. Hari ni ade sambutan hari raya kat office. huhuhu over kan. baru ganti puasa 3 hari dah sebok nak raya. Sekali- sekala nak buat makan-makan apa salahnya kn. So, kenyang perut suka hati la kami pagi ni. Boss sampai pun selamba badak jugak makan. Nasib baik boss sporting..heheh sowie boss! Siap google resepi lagi petang semalam. Balik keje terus singgah kedai beli barang.

Yummy!! ni je makanan yang sempat snap. Sume sedap-sedap belaka. Lepas la nak kawen camni..haha
padahal aku goreng-goreng je pagi tadi. Walaupun goreng-goreng je licin gak kn..hehe nanti i masak sedap-sedap ye untuk uolls :)


Muka teruja & gembira bila perut kenyang. Jom sambung keje :(








Wednesday 16 May 2012

Mimpi~

Assalamualaikum..

Hari ni ada masa free. Daripada membuang masa, baik update blog. Keje baru kali nie tak la best sangat-sangat. Baru first day dah macam-macam kena. Nasib baik dapat manager yang suka backup staff. Kawan-kawan yang pergi pun takde la best sangat-sangat macam sebelum ni. Best je. Ye la i kan "bukan sekolah macam kita-kita" (lepas cakap cam tu gelak besar) eeeerrrrr blagaknya!!. Tapi biar la, ade aku kesah janji result ok! hehe

Emmm ok2 cukup. Bukan nak membebel pasal keje. Nak membebel pasal mimpi. Mimpi ni kadang-kadang jadi kenyataan. Kadang-kadang mainan tidur je kan. Setengah orang suka cerita tentang mimpi dia kat orang lain. Setengah orang tak suka cerita. Kalo aku, bila mimpi yang best-best & baik-baik mesti nak cerita kat orang. Tapi kalo mimpi buruk confirm simpan dalam hati je sebab takut jadi kenyataan..hehe

Setakat ni paling gerun kalo mimpi pasal result. Sejak dari UPSR lagi selalu mimpi pasal result & mesti apa yang mimpi tu betul. Bila dah degree nie rasenya dah tak mimpi dah. Kalo mimpi pun samar-samar je. Kalo mimpi soklan pekse keluar ape bagus gak kn..huhu

Ha lagi satu kalo mimpi memanjat atau ada kat tempat tinggi. Orang kata kalo kita mimpi jatuh dari tempat tinggi atau kita tak boleh panjat ke atas maksudnya kita tak berjaya. Senang cakap kalo kita tengah tunggu result, result kita tu tak ok. Tp serious mimpi camni selalu jadi kenyataan. Dah banyak dah orang cerita & kadang2 jadi kat aku jugak.

Hehe malam tadi mimpi pergi USS.. emmm cam nak jadi kenyataan jerk!!! weee cepat la bulan 6!! Hopefully mimpi ni menjadi kenyataan.

:)

Sunday 13 May 2012

Bawal Printed 4segi~

Assalamualaikum..

Mari-mari kakak-kakak & adek-adek manis.. IrisShop kini cuba mengembangkan lagi business nya.. hehe ada gaya promoter tak?? Bawal Printed 4segi kini boleh didapati di IrisShop.












Kain jenis cotton. Sangat selesa dan tak panas. Yang paling penting senang nak bentuk muka. Untuk maklumat lanjut klik facebook IrisShop










Thursday 3 May 2012

Tak puas hati ~

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas, gi bawa anak buah gi klinik. Sangat tak puas hati dengan service deorang. Nurse ramai tapi nak register punya la lame tunggu. Dah la kaunter register mengadap ke pintu. Memang takde kerusi la nak duduk. Kalau duduk kt kerusi dalam, orang potong queue pulak. So, berdiri la aku lame2 sambil tengok2 nurse tu bila nak layan. Dah la panas, muka ketat la aku tengok nurse tu. Bila dah layan tu, macam nak tak nak pulak. "Ni sape yang sakit sebenarnya? U ke sape?" ha boleh pulak nurse tu tanya dengan nada yang mintak kene lempang tu! dah aku tulis Aiman.. Tak kan aku pulak kan! bukan nak say sorry ke..

Emm..bila kita ni keje bagi services kat orang, mesra alam la sikit. Muka senyum, cakap baik2, say sorry la bila lambat. Orang yang marah pun boleh jadi lembut. Ni tak, customer dah berapi, dia menambah2 api..errr bengang betul. Tak kan kena marah dengan doktor or boss nak lepas kat customer kn. Bankrupt la business ko lepas ni.

Tapi kalau jadi auditor bagi services kat orang jugak.. Dulu dengar orang kata, jadi auditor ni semua orang takut. Tapi sepanjang praktikal ni takde pun orang takut..Siap kene kacau lagi ada. Agaknya sebab kecik sangat kot..hahah..Tp yang pasti kiteorg tak marah customer. Habis2 pun lepas jumpa or call customer baru menyumpah2 menjerit2..huhu

Then hari tu gi jumpa client kt office dia. Tunggu lame satu hal, duduk pun tak bagi. Ko tak rimas ke tengok orang berdiri lame2 depan ko. Langsung tak hormat orang datang tempat dia. Berdiri 2 jam la aku kt situ nk tunggu settlekan OS dia. Boss dia pun 2 x 5 gak.. Dah nampak bukan nak tegur staff dia! klo ye pun taw aku ni dak praktikal, tak boleh ke hormat sikit. Aku yang audit company ko mula sampai habis taw tak!!!

Errrrr geram2.. Kesimpulannya hormati la client & tetamu anda.. Bila semua nak marah2 semua jadi carca marba. Dosa pun dapat sebab marah2 kn..

Sekian saja tazkirah pada hari jumaat ni..huhu tazkirah ke luahan perasaan.. :)

Gambar hiasan..
Keje dah submit, manager tak review lg..weeee bahagianya hidup :)







Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™