Monday 25 June 2012

Tempahan Almond London~

Assalamualaikum..

Sekarang dah bualan Syaaban, 3 minggu lagi dah bulan Ramadhan. So macam biasa la keje aku kalo bulan-bulan puasa untuk promote Almond London kakak ipar aku. Lagi banyak customer lagi banyak la duet raye aku..heheh Thanks la kawan-kawan yang beli tiap-tiap tahun tu :) Tahun ni start ambil order awal atas permintaan ramai. Kedai pun dah suruh hantar awal. So senang cerita sesiapa nak order almond london boleh order dari sekarang. Tidak kira untuk raya, bulan puasa, mahupun untuk suka-suka nak makan. :)


Menurut kata pelanggan tetap sedap:)
50 biji RM22..Full badam

Friday 22 June 2012

Universal Studio Singapore~

Assalamualaikum..

Wowww lamanya tak update blog. Dah bersarang gambar apam polkadot yang tak berseri tu. Tapi malam semalam terlebih rajin buat apam untuk kali kedua. Kali ni jadi berseri-seri..hehe :) ok cukup! tak nak cerita pasal apam polkadot. Kembali kepada tajuk asal Universal Studio Singapore.



Yuhuuu..sabtu lepas sampai jugak USS. Thanks akak, kakak ipar, abang, & abang ipar sebab tunai kan permintaan aku..hoho..macam menang award pulak.. kira hadiah beday la walaupun dah lepas 3 hari.. :)  Kali ni memang betul-betul last minute plan. Jumaat confirm, beli tiket & renew passport. Jumaat jugak gerak ke Johor. Balik keje terus kemas-kemas barang gerak umah abang. Sedar-sedar kasut tertinggal..jemmmmm! takkan nak pakai selipar jamban je kan, so pecut gi Aeon Jusco beli kasut kat vincci. Nasib baik la dekat je, kalo tak berselipar jamban aku.

Sabtu tu pagi-pagi lagi dah bangun, almaklumla excited gila nak gi USS. Breakfast kenyang-kenyang, so nanti takde la lapo kat sane jiimat sikit. Plan last minute budget pun sikit la. Time ni 1$ bersamaan RM2.45. Tiket RM155 je, rasanya ni la yang paling murah. Beli online kat sini TICKET USS . First tempat kiteorang masuk Madagascar a crate adventure. Kat sini kita akan naik bot. Dalam perjalanan tu dia cerita la pasal madagascar. Patung dia gerak-gerak ikut cerita, comel sangat!



Next, Far Far Away. Ada 4 attractions kat sini, tapi sempat masuk dua je. Enchanted Airways dengan Shrek 4D Adventure. Enchanted Airways ni roller coaster. Kecik je trek dia. jerit 2 3 kali dah habis. Show Shrek 4D Adventure pulak sumpah best. Kita boleh rasa effect dia. Bila naik kuda kerusi bergerak macam naik kuda, bila bersin kita rasa rembesan air & yang paling geli bila ada labah-labah kita rasa labah-labah tu lalu kt kaki kita. Semua kaki terus terangkat macam tindakan reflect. Kalo la kat wayang cam nie fuhh memg best la.



Bajet ler tu..:)

Lepas berpanas-panas kat Far Far Away kiteorg masuk The Lost wold pulak. Kat sini macam redup sikit. Maybe sebab banyak pokok kat area ni. 

Jurassic Park Rapids Adventure
Ni aktiviti air. Kalo sesapa yang tak bawak baju spare boleh beli baju hujan $3. Mahai! baik bawak je dari rumah..Tak pun biar je baju kering sndiri sbb cuaca panas..huhu emmm biasa je mainan ni sebenarnya, cuma terkejut je bila kena simbah air.

Enchanted Airways
Berdebar2 jantung nak naik ni.. Walaupun pusing dekat je, gayat jugak bila dia pusing tu. Tapi yang tak bestnya beratur punya lama, bila naik tak sampai 5 minit dh sampai.

WaterWorld
Show ni macam koboi town. Cuma cerita dia cerita water world. Gempak jugak la show dia. Macam2 aksi tembak menembak, lawan-lawan ada. Tapi macam tak faham sangat sebab tak pernah tengok cerita ni. Kalo orang yang penah tengok mesti faham.

Next destination Acient Egypt. 

Harga air kt sana!


Haish muka dia bengis betul.. kalo dia pegang kita, dia pegang kuat-kuat wo..sakit jugak la.



Ok lepas feeling arab kiteorang gerak ke Sci-Fi City. Kat sini la ada Battlestar Glactica. Roller coaster yang besar tu. Tapi aku tak naik pun.. Next time kalo pergi lagi aku nak try jugak! kalo pergi la..huhu





Transformers The Ride. Sangat-sangat best 3D transformer ni!!! dalam ni kita akan naik kereta transformer. Then start la berlawan dengan robot-robot tu. Bayang kan kita main PS3, kita yang ada dalam game tu. ha macam tu la rasa dia. best-best!!


 6.30pm tunggu perarakan mascot yang ada kt USS ni.. time ni la baru jumpa semua mascot yang tak sempat  nak jumpa.

Tahan cap ke New York & Hollywood 

Yellow cap dh sampai :)


Muka happy shopping sebelum balik :)

Nak dekat pukul 10 baru keluar USS. Kebetulan hari sabtu ada petunjukan bunga api untuk penutup. Cantik gile bunga api deorang. Ada lagi sebenarnya yang kiteorang masuk, revenge of the mummy, Accelerator, Dino-soarin & Steven Spielberg. Semua tempat tu best, terkejut & teruja!  Memang puas hati la dari pagi sampai malam. Rasa berbaloi jugak bayar RM155 walaupun tak sempat masuk semua. Kesian Mia tak dapat masuk semua tempat. Kebanyakan tempat kanak-kanak kena lebih 120 cm. So, sesiapa yang ada anak bawah 120 cm rugi la. Tak pun kena pergi ramai-ramai so boleh bergilir-gilir jaga. Balik tu singgah lepak kat merlion. Tapi dah takde perasaan dah masa tu sebab kepenatan. 

Next destination????
emmm tunggu kumpul duit dulu..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™