Tuesday 11 June 2013

Engagement ~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah lepas lg satu tahap.. 26 Mei 2013 selamat menjadi tunangan orang.. Dah lame punye cerita baru nak update kt blog ok! biasa la..nak tunggu mood sampai, lepas dua minggu baru update.. weheee.. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. 3 in 1 punya majlis sebenarnya, majlis pertunangan, majlis cukur jambul & birthday party. Sekali harung je semua jimat sikit..huhu siap soh akak pregnant lg sebab nak buat majlis pertunangan tu..boleh camtu??? klo dia beranak, dia buat cukur jambul then boleh tumpang buat majlis tunang..hahahha hebat tak hebat plan jangka panjang aku!! jadi kenyataan plak tu. Syukur..Syukur.. :)
Preparation dah buat 3 bulan sebelum tu. Beli barang sikit-sikit, takde la terasa sangat duit habis banyak kn. Hampir semua benda la buat sendiri. Sangat puas hati & berbaloi-baloi rasa..

Lapan bekas buah tangan untuk pihak lelaki.. Plannya lima je, last minute orang bagi terus jadi lapan..Alhamdulillah 
Simple je..janji sedap mata memandang.. :)

Pelamin pun simple je. Buat sendiri ok! Oh unbelievable. Plan asalnya nak sewa je pelamin mini sekali dengan buaian berendoi. Last minute orang tu kata stage takde. Maka jadi la pelamin buatan sendiri...Wuuhuuu modal RM100 boleh pakai sampai bila-bila. Berbaloi-baloi dari membazir bayar duit pelamin dua tiga ratus pakai 2 hari je!
heheheh...sampai harini tirai tu tak bukak lg. ermmm hari-hari rasa tunang!
boley ???


Kawan baik kecik besar ni la dia.. & merangkap mak andam hari tu..thanks korang!!! 
I suka sangat

Bakal bapa mertua.. Alhamdulillah lepas ni dapat ayah baru..
kalo abah masih ada kan best :'(

Bakal mak mertua.. Sporting & peramah :)

Family belah lelaki yang datang..

Mak: love u so much!!! susah payah mengikut kehendak anak bongsu dia ni..hehe
Mama: hai mama! hopefully boleh terima menantu yang tak berapa nak pandai masak nie! hehe luv u
Sister-in -law: Thanks bertungkus lumus untuk majlis ni. Dah macam kakak sendiri je. Abang sendiri pun tak susah payah camtu.. :)

We are Family.. LOVE all :)

Thank korang!! taksempat nak gelak besar lelama kn.. Rindu korang! :)


Lastly, my Incik tunang.. Love u banyak2. Tak sangka kita dah samapi tahap ni walaupun clash banyak kali. hehe
Hopefully u sayang i sampai bila-bila ok! :)

Ok..cukup la cita pasal tunang..bye!









Friday 24 May 2013

Officially, Bachelor in Accountancy (Hons) Holder~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur dengan perjalanan hidup yang Allah dah tetapkan. 21 Mei hari tu convocation UiTM ke-78. So, officially i'm bachelor in accountancy holder yeayyyy.... Semua berjalan lancar & tak kelam kabut macam diploma dulu. Diploma dulu tak merasa nak prepare untuk konvo sebab pagi konvo baru sampai dari bandung. Degree ni pulak tak sabar2 nak tunggu konvo.. :)

Istiada Konvokesyen ke-78 UiTM

Family tercenta.. thanks sebab sush payah datang panas2 tu c:

Love u mom.. thanks for everything's.. doa, semangat & paling penting banyak sangat dah duit habis untuk anak bongsu dia..hew hew.. nanti gaji dh banyak2 org blanja ye..heheh

Classmate.. sush payah kita dah berhasil yeayyy!!! congrats u all

My Love..hehe thanks jadi bodyguard hari tu & bunga besa tu suka sangat2.. c:


Malam nak konvo baru siap jagit manik baju..cam tak sangka pulak boleh jahit bunga2 & manik2 tu.. kalo rajen nanti buat entry untuk baju konvo ni..

Ok la..tak taw nak type ape dah.. gembira sangat kot. emmm bz pun ye nak prepare benda lain.. huhuhu nervous!!! nervous!!!   bye..



Tuesday 5 February 2013

Percutian Budget ke Langkawi Day 2~

Assalamualaikum..

Continue lagi cerita Langkawi.. So, hari ke dua tak banyak activity sebab masa terhad nak kejar ferry pukul 5pm. Awal2 pagi lagi dah pergi breakfast area pantai cenang. Isi perut penuh2 sebelum Island Hoping. 3pulau kiteorang pergi, Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah & Pulau Singa Besar. Berbaloi la bayar RM30 sebab dia busing jauh, so lama kt atas bot tu. Setiap pulau ada masa 1 jam, kira puas la. Ibu2 yang mengandung tu tak payah la pergi sebab bot laju gile siap terhempas2 kat atas tu. Memang stok boleh gugur la..hehe tapi tak taw la kn. Ada je orang pregnant yang pergi. Dalam pukul satu lebih settle Island hoping terus pergi shopping. Tak ingat langsung nak tangkap gambar masa shopping. Semua sebuk nak menghabiskan sisa2 duit yang ada. Yang pasti kalau nak beli pinggan mangkuk yang cantik2 & murah beli dekat Idaman Mahsuri. Kalau coklat kat Kedai Haji Ismail. Dua2 kt Pekan Kuah. Rasa nak angkut je semua coklat2 tu. Dengan sisa duit yang ada dapat la angkut dua plastik coklat. So, makan sampai puas :)

Siap sedia nak naik bot..



Tasik Dayang Bunting...Ada pengalaman buruk kat sini..monyet tarik bag..haha dia ingat pisang ke apa bag ni. Nasib baik ada hero datang untuk tolong..:)





Pulau Beras Basah..



Ok tamat percutian budget ke Langkawi.. Hopefully lepas ni ada lagi percutian ke tempat lain dengan kawan2. Kumpul duit banyak2 lagi.. :)



Monday 4 February 2013

Percutian Budget ke Langkawi Day1~

Assalamualaikum..

Yess.. Alhamdulillah berjaya jugak plan ke Langkawi dengan housemate. Dari study week lagi dah plan and buat reseach. Akhirnya jadi juga walaupun tinggal 3 orang jerk. Habis je final exam.. zazzz terus pujuk memujuk mak untuk sponser nak gi langkawi ni..weehuuuuu.. Berjaya jugak pujuk.. Wellll dia taw anak bongsu dia nie memang kaki jalan. Tak boleh nak halang dah.. Tq mak..luv u..

Malam tu pukul 4 lebih baru tidur.. excited giler wei.. 1st time holiday jauh2 dengan kawan2.. masing2 tak boleh tido sebab tak sabar nak gi esoknya..hehe then 6.30am dah bangun siap2. Naik ferry pukul 8.15 am. Muka still ceria walaupun tido tak cukup.. :)



 Jeti Kuala Kedah. Tambang ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi RM23 sorang. So pergi balik RM46. Perjalanan 2 jam.. Masa untuk tidor dalam ferry.. :)

Sampai dah di Langkawi.. see eagle kt belakang tu.. :)


Sampai je Langkawi terus cari kreta sewa. Murah2 je kereta sewa kat sana. Yang penting kena pandai tawar menawar. So kiteorang decide ambil kereta viva, 2 hari RM90.. Kebetulan bernasib baik pulak masa tu dapat kereta yang dah ada 3 bar minyak.. Memang terlebih dari cukup untuk pusing Langkawi 2 hari..
Deorang siap bagi map lg. So tak payah susah2 beli. Sebelum gerak kita study dulu map & pilih tempat2 yang nak pergi.. then follow je map sure tak sesat punya..  takde GPS pn tak pe. Siapa nak sewa kereta kat sana boleh call no ni 0134508522~Rahmat Holiday. Boleh jugak nak book hotel/chalet kat sini tapi dia charge extra. Lebih jimat kalau book sendiri kat hotel/chalet. Island hoping pun boleh bayar kat sini RM30 sorang. Nanti ada orang yang akan jemput kita kat hotel.

So plan tido kat area Pantai Cenang sebab nak dekat dengan pantai. Sementara nak gi Pantai Cenang, apa yang boleh singgah kiteorang singgah.. Janji free :)

Taaadaaaa.. hehe bukti sampai Langkawi.. 3 orang pun 3 orang la janji plan jadi.. Janji mesti ditepati :)
Eagle Square..1st destination.. Betul2 sebelah jeti. Panas giler masa ni.. Tak lalu cheq nak dok lama2 wei..hitam legam nanti..


Next.. Perdana Gallery. Tempat ni kena bayar. sure la tak masuk. Tangkap gambar kat luar je sebab nampak kapal besar cantek..hehe



Singgah pulak kat Durian Perangin Waterfall. kat sini best sejuk. Tapi tak mandi pun sebab takde orang. Bahaya kalau jadi pape. Tangkap gambar lagi.. well..tujuan utama untuk tangkap gambar jer..:)






Ni Tanjung Rhu Beach.. Tempat yang tak plan nak pergi. main redah jer.. pehhhhh cantek woo tempat nie.. Ni private island. memang sangat bersih and sangat cantik. Pulau keberapa tercantik kat Asia tah.. dah lupa.. memang terbaik la nak photoshoot kat sini.. Walaupun panas, gagah jugak nak tangkap gambar sebab teruja dengan kecantikan pulau nie..hehe 
Ada hotel 5star & macam2 aktiviti jugak kat sini..ok berangan kejap nak honeymoon kat sini..weeeehuuuuu
emmm gambar 3 orang ni mat saleh dari negara mana tah offer nak tolong tangkap kan.. laju je cakap yesss, nice.. one more one more..:)

Ha nak habaq mai satu kedai makan nie.. Lupa pulak nama dia pe. Tapi area keluar dari Tanjung Rhu tu la. murah giler giler.. nasi separuh, ikan kembung goreng dengan bendi dua, air suam, total RM1...mamapu????? seumur hidup tak pernah jumpa lagi makanan semurah ni..






Ok next..perut dah kenyang, singgah pulak kat Langkawi Craft Complex. Macam2 mak nenek kraftangan ada kat sini. batik, bakul2 anyaman, macam2 la. Muzium pun ada. Boleh beli jugak barang2 kat sana. Tapi harga dia mahal nak mamp.... orang budget macam kiteorang memang pandang je mampu. Yang penting masuk free, cuci mata, tangkap gambar :)










 Last destination before check in chalet..Langkawi Cable Car..
Sampai sini dah petang. Orang tu siap call, confirm nak check in ke tak.. Bak kata abang aku, orang2 kaya je holiday rehat2 banyak. Macam2 kita ni, selagi ada masa kita jalan.. Sampai2 terus jalan. Cable car sini lagi best dari genting sebab boleh nampak pemandangan langkawi. Cantik & sejuk.. Angin bersepoi2 bahasa kat atas tu. Nak lepak lama2 pun boleh.. Adult RM15, Children RM10..

Balik dari cable car terus check in motel. Kiteorang pilih Sugary Sands RM65. Paling murah, cukup la untuk 3 orang. bukan nak dok lama2 pun. Nak mandi & tido jer.

Gambar next day depan motel..First day tak sempat nak tangkap gambar.

Lepas check in golek2 atas katil kejap. Then terus turun mandi laut. Malam tu takde aktiviti pape pun. Lepas makan malam, jalan2 uptown kat pekan kuah. Pastu balik rehat untuk simpan tenaga next day......
















Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™