Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, 24 May 2013

Officially, Bachelor in Accountancy (Hons) Holder~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur dengan perjalanan hidup yang Allah dah tetapkan. 21 Mei hari tu convocation UiTM ke-78. So, officially i'm bachelor in accountancy holder yeayyyy.... Semua berjalan lancar & tak kelam kabut macam diploma dulu. Diploma dulu tak merasa nak prepare untuk konvo sebab pagi konvo baru sampai dari bandung. Degree ni pulak tak sabar2 nak tunggu konvo.. :)

Istiada Konvokesyen ke-78 UiTM

Family tercenta.. thanks sebab sush payah datang panas2 tu c:

Love u mom.. thanks for everything's.. doa, semangat & paling penting banyak sangat dah duit habis untuk anak bongsu dia..hew hew.. nanti gaji dh banyak2 org blanja ye..heheh

Classmate.. sush payah kita dah berhasil yeayyy!!! congrats u all

My Love..hehe thanks jadi bodyguard hari tu & bunga besa tu suka sangat2.. c:


Malam nak konvo baru siap jagit manik baju..cam tak sangka pulak boleh jahit bunga2 & manik2 tu.. kalo rajen nanti buat entry untuk baju konvo ni..

Ok la..tak taw nak type ape dah.. gembira sangat kot. emmm bz pun ye nak prepare benda lain.. huhuhu nervous!!! nervous!!!   bye..



Friday, 22 June 2012

Universal Studio Singapore~

Assalamualaikum..

Wowww lamanya tak update blog. Dah bersarang gambar apam polkadot yang tak berseri tu. Tapi malam semalam terlebih rajin buat apam untuk kali kedua. Kali ni jadi berseri-seri..hehe :) ok cukup! tak nak cerita pasal apam polkadot. Kembali kepada tajuk asal Universal Studio Singapore.



Yuhuuu..sabtu lepas sampai jugak USS. Thanks akak, kakak ipar, abang, & abang ipar sebab tunai kan permintaan aku..hoho..macam menang award pulak.. kira hadiah beday la walaupun dah lepas 3 hari.. :)  Kali ni memang betul-betul last minute plan. Jumaat confirm, beli tiket & renew passport. Jumaat jugak gerak ke Johor. Balik keje terus kemas-kemas barang gerak umah abang. Sedar-sedar kasut tertinggal..jemmmmm! takkan nak pakai selipar jamban je kan, so pecut gi Aeon Jusco beli kasut kat vincci. Nasib baik la dekat je, kalo tak berselipar jamban aku.

Sabtu tu pagi-pagi lagi dah bangun, almaklumla excited gila nak gi USS. Breakfast kenyang-kenyang, so nanti takde la lapo kat sane jiimat sikit. Plan last minute budget pun sikit la. Time ni 1$ bersamaan RM2.45. Tiket RM155 je, rasanya ni la yang paling murah. Beli online kat sini TICKET USS . First tempat kiteorang masuk Madagascar a crate adventure. Kat sini kita akan naik bot. Dalam perjalanan tu dia cerita la pasal madagascar. Patung dia gerak-gerak ikut cerita, comel sangat!



Next, Far Far Away. Ada 4 attractions kat sini, tapi sempat masuk dua je. Enchanted Airways dengan Shrek 4D Adventure. Enchanted Airways ni roller coaster. Kecik je trek dia. jerit 2 3 kali dah habis. Show Shrek 4D Adventure pulak sumpah best. Kita boleh rasa effect dia. Bila naik kuda kerusi bergerak macam naik kuda, bila bersin kita rasa rembesan air & yang paling geli bila ada labah-labah kita rasa labah-labah tu lalu kt kaki kita. Semua kaki terus terangkat macam tindakan reflect. Kalo la kat wayang cam nie fuhh memg best la.



Bajet ler tu..:)

Lepas berpanas-panas kat Far Far Away kiteorg masuk The Lost wold pulak. Kat sini macam redup sikit. Maybe sebab banyak pokok kat area ni. 

Jurassic Park Rapids Adventure
Ni aktiviti air. Kalo sesapa yang tak bawak baju spare boleh beli baju hujan $3. Mahai! baik bawak je dari rumah..Tak pun biar je baju kering sndiri sbb cuaca panas..huhu emmm biasa je mainan ni sebenarnya, cuma terkejut je bila kena simbah air.

Enchanted Airways
Berdebar2 jantung nak naik ni.. Walaupun pusing dekat je, gayat jugak bila dia pusing tu. Tapi yang tak bestnya beratur punya lama, bila naik tak sampai 5 minit dh sampai.

WaterWorld
Show ni macam koboi town. Cuma cerita dia cerita water world. Gempak jugak la show dia. Macam2 aksi tembak menembak, lawan-lawan ada. Tapi macam tak faham sangat sebab tak pernah tengok cerita ni. Kalo orang yang penah tengok mesti faham.

Next destination Acient Egypt. 

Harga air kt sana!


Haish muka dia bengis betul.. kalo dia pegang kita, dia pegang kuat-kuat wo..sakit jugak la.



Ok lepas feeling arab kiteorang gerak ke Sci-Fi City. Kat sini la ada Battlestar Glactica. Roller coaster yang besar tu. Tapi aku tak naik pun.. Next time kalo pergi lagi aku nak try jugak! kalo pergi la..huhu





Transformers The Ride. Sangat-sangat best 3D transformer ni!!! dalam ni kita akan naik kereta transformer. Then start la berlawan dengan robot-robot tu. Bayang kan kita main PS3, kita yang ada dalam game tu. ha macam tu la rasa dia. best-best!!


 6.30pm tunggu perarakan mascot yang ada kt USS ni.. time ni la baru jumpa semua mascot yang tak sempat  nak jumpa.

Tahan cap ke New York & Hollywood 

Yellow cap dh sampai :)


Muka happy shopping sebelum balik :)

Nak dekat pukul 10 baru keluar USS. Kebetulan hari sabtu ada petunjukan bunga api untuk penutup. Cantik gile bunga api deorang. Ada lagi sebenarnya yang kiteorang masuk, revenge of the mummy, Accelerator, Dino-soarin & Steven Spielberg. Semua tempat tu best, terkejut & teruja!  Memang puas hati la dari pagi sampai malam. Rasa berbaloi jugak bayar RM155 walaupun tak sempat masuk semua. Kesian Mia tak dapat masuk semua tempat. Kebanyakan tempat kanak-kanak kena lebih 120 cm. So, sesiapa yang ada anak bawah 120 cm rugi la. Tak pun kena pergi ramai-ramai so boleh bergilir-gilir jaga. Balik tu singgah lepak kat merlion. Tapi dah takde perasaan dah masa tu sebab kepenatan. 

Next destination????
emmm tunggu kumpul duit dulu..


Friday, 27 April 2012

Damia & the cute hello kitty~

Assalamualaikum..

last week berlangsungnya majlis hari jadi Iris Damia Maisara a.k.a anak buah ku..wow ayat macam nak cakap majis orang kahwin jerk kn! my sis pilih theme hello kitty. Hello kitty kan cute miut sesuai dengan baby 1 year ni.

Ini la birthday girl. mia gebob-gebob..see tangan dia berketul2 macam tebu..huhu 
Happy Birthday Damia. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang solehah, cerdik pandai & sentiasa di rahmati oleh Allah amin :)


Decoration pada majlis tu. 
Semuanya plan & hasil tangan my sis. cute kn! preparation dah dibuat dari awal lagi. So tak penat sangat la malam tu. cuma yang penatnya nak pam semua bellon-bellon tu. Tapi puas hati bila lihat hasilnya :)
oh ya nak promote sikit. kek & cup cake ditempah dari kakak ipar. Sesiapa nak order boleh call no ni 0195139390 (Salmiza) selain kek & cup kek terima juga tempahan kuih bahulu untuk dibuat hantaran dan almond london untuk hari raya..almond london ni sangat laku ok. maksudnya sedap la kn..heheh


Damia teruja dengan hadiah-hadiahnya.. untung la kecik-kecik dah dapat hadiah banyak-banyak. masa lahir dulu pun dapat hadia banyak jugak.. semoga damia sentiasa dimurahkan rezeki..besar nanti boleh blanja acu..wink..wink :)








Thursday, 22 March 2012

Fly ke Kota Kinabalu (day3)~

last day kat KK..kali nie bangun lambat sebab aktiviti ronda2 KK je.. lepas kemas2 barang terus pergi breakfast. hangkut bag besar skali gi kedai makan. pastu sume orang tengok..haha oh ya..makanan kat sana sangat la tak kena dengan anak tekak nie! maybe selera orang semenanjung nie lain kot. So, lebih baik beli ikan2 segar then masak sndiri..


perot dah kenyang, hati dah senang, driver pun sampai kteorang pun gerak la pusing2 KK. First tempat Jesselton Point Waterfront, jetti untuk island hoping. cantik jugak tempat dia. 






Si gebob2 mia yang pantang nampak camera :)


One Borneo. Shopping mall paling besar kat KK. Kebetulan de event, dapat la amik gambar dengan 2 penari tu.



last tempat Sabah State Museum & Heritage Village. Banyak jenis2 rumah panjang & sejarah silam Sabah ada kat sini. 
Then check in flight 7.30 pm.. berakhir la percutian ke sabah.
next ke mana??? USS sentiasa dlm otak nie!!! waaaaa bile dapat pegi nie!!!! Hope b4 bulan puasa nie dapat pergi gak!!!!!!







Wednesday, 21 March 2012

Fly ke Kota Kinabalu (day2)~

Pagi2 lagi dah bangun hari ke 2 ni..see mount kinabalu kt blakang. seriously clear nampak gunung kinabalu. sesiapa nak book Satinah homestay nie boleh call  0138724900

Ok, jom kita pergi New Zealand pulak..






Feeling2 New Zealand beb..huhu actually nie kt Desa Diary Farm, Kundasang. Cantik sangat view kat sini. Nak dapat view cantik kena datang pagi2, kalo lambat kabus akan tutup mount kinabalu tu.

ada jual fresh milk jugak.. nak perah susu lembu pun boleh tp waktu petang. susu nie hanya ada kat sabah jerk.




Next destination balik ke KK. time for shoppinggg..weeee





Duit tak banyak habis pun. semua sponser..huhu untung la anak bongsu.. :)

Continue next entry~












Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™