Wednesday, 21 March 2012

Fly ke Kota Kinabalu (day1)~

Alhamdulillah sampai juga di Kota Kinabalu. Banyak gile halangan nak pergi tapi akhirnya sampai jugak. Nak kata last minute plan tak jugak sebab tiket dah book tahun lepas lagi RM10 je. anyone can fly with Air Asia huhu..Totally agree dengan tagline deorang. Tapi yang pasti last minute decide nak pergi. Pukul 12 bus ke LCCT, pukul 10 baru betul2 decide nak pergi & kemas2 barang. Nak bawak baju pe nie?? mana tudung nie?? nak bawak pe lg???? huhhh mengelabah gila masa 2..
Kali ni adventure sikit. Dari ipoh sorang2 naik shuttle bus ke LCCT sebab yang lain dah pergi dulu hari khamis. Tiket shuttle bus dari ipoh ke KLIA & LCCT RM42. Bus nie besar, selesa & deorang akan bagi air mineral setiap orang. Budget sampai LCCT pukul 4 last2 sampai pukul 3 sebab dia tak singgah KLIA. So, sorang2 lagi tunggu my sis sampai.

Naik sama flight dengan Sam uolls..huhu seriously sporting & peramah Sam ni. Dia yang cakap hai masa nak turun fligh..rasa nak pegsan kejap..hahaha <tak tipu ok!!> 

Sampai2 Airport KK supir & family abang pick up kiteorg terus ke kundasang. Jalan kesana bengkang bengkok macam gi cameron. yang seramnya kiri kanan de rumah orang, balkangnya ada gaung. Dah la driver bawak laju gila. dalam hati ni mengucap banyak2 la.

On the way ke kundasang tu ada pasar. lebih kurang macam cameron jugak. ada jual buah, sayur, bunga ros pun ada.


First tempat singgah Sabah Tea Garden. kat sini singgah kejap jerk sbb sama je macam cameron. Tapi cameron lagi cantik kot.

Next, terus ke Poring Hot Spring, Ranau. Ada banyak kolam air panas kat sana. Ada jugak taman rama2. Tapi yang lebih adventure Canopy Walk. kiteorang datang sini just nak naik Canopy Walk. 41 meter tinggi 157.8 meter jauh.. mampu??? haha mengah beb. Setiap tempat kena bayar. Lebih kurang RM3. Setiap camera & video camera pun kena charge jugak RM5 & RM30.





Dah penat masuk hutan, Kiteorg pergi tengok bunga rafflesia. Alhamdulillah ada rezeki dapat tengok. Hujan pun sanggup redah. Bunga ni hanya kembang 5-6 hari je setaun. Kebayakan blakang rumah orang ada bunga ni. Tapi kena bayar kalo nak tengok RM10 sorang.

Baru 2 hari kembang

posing dari jaoh jerk sebab bunga nie tak boleh sentuh, nanti dia mati.

Dah puas tengok bunga, ketorang pun terus gerak ke Sutinah homestay. Boley view clear mount kinabalu. Semua dah keletihan & kelaparan. So malam 2 kiteorg buat BBQ and my sis masak ikan masak stim.. pehhh sodap!!!

Sambung next entry~





















No comments:

Post a Comment


Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™