Showing posts with label mari membebel. Show all posts
Showing posts with label mari membebel. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

Mimpi~

Assalamualaikum..

Hari ni ada masa free. Daripada membuang masa, baik update blog. Keje baru kali nie tak la best sangat-sangat. Baru first day dah macam-macam kena. Nasib baik dapat manager yang suka backup staff. Kawan-kawan yang pergi pun takde la best sangat-sangat macam sebelum ni. Best je. Ye la i kan "bukan sekolah macam kita-kita" (lepas cakap cam tu gelak besar) eeeerrrrr blagaknya!!. Tapi biar la, ade aku kesah janji result ok! hehe

Emmm ok2 cukup. Bukan nak membebel pasal keje. Nak membebel pasal mimpi. Mimpi ni kadang-kadang jadi kenyataan. Kadang-kadang mainan tidur je kan. Setengah orang suka cerita tentang mimpi dia kat orang lain. Setengah orang tak suka cerita. Kalo aku, bila mimpi yang best-best & baik-baik mesti nak cerita kat orang. Tapi kalo mimpi buruk confirm simpan dalam hati je sebab takut jadi kenyataan..hehe

Setakat ni paling gerun kalo mimpi pasal result. Sejak dari UPSR lagi selalu mimpi pasal result & mesti apa yang mimpi tu betul. Bila dah degree nie rasenya dah tak mimpi dah. Kalo mimpi pun samar-samar je. Kalo mimpi soklan pekse keluar ape bagus gak kn..huhu

Ha lagi satu kalo mimpi memanjat atau ada kat tempat tinggi. Orang kata kalo kita mimpi jatuh dari tempat tinggi atau kita tak boleh panjat ke atas maksudnya kita tak berjaya. Senang cakap kalo kita tengah tunggu result, result kita tu tak ok. Tp serious mimpi camni selalu jadi kenyataan. Dah banyak dah orang cerita & kadang2 jadi kat aku jugak.

Hehe malam tadi mimpi pergi USS.. emmm cam nak jadi kenyataan jerk!!! weee cepat la bulan 6!! Hopefully mimpi ni menjadi kenyataan.

:)

Thursday, 3 May 2012

Tak puas hati ~

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas, gi bawa anak buah gi klinik. Sangat tak puas hati dengan service deorang. Nurse ramai tapi nak register punya la lame tunggu. Dah la kaunter register mengadap ke pintu. Memang takde kerusi la nak duduk. Kalau duduk kt kerusi dalam, orang potong queue pulak. So, berdiri la aku lame2 sambil tengok2 nurse tu bila nak layan. Dah la panas, muka ketat la aku tengok nurse tu. Bila dah layan tu, macam nak tak nak pulak. "Ni sape yang sakit sebenarnya? U ke sape?" ha boleh pulak nurse tu tanya dengan nada yang mintak kene lempang tu! dah aku tulis Aiman.. Tak kan aku pulak kan! bukan nak say sorry ke..

Emm..bila kita ni keje bagi services kat orang, mesra alam la sikit. Muka senyum, cakap baik2, say sorry la bila lambat. Orang yang marah pun boleh jadi lembut. Ni tak, customer dah berapi, dia menambah2 api..errr bengang betul. Tak kan kena marah dengan doktor or boss nak lepas kat customer kn. Bankrupt la business ko lepas ni.

Tapi kalau jadi auditor bagi services kat orang jugak.. Dulu dengar orang kata, jadi auditor ni semua orang takut. Tapi sepanjang praktikal ni takde pun orang takut..Siap kene kacau lagi ada. Agaknya sebab kecik sangat kot..hahah..Tp yang pasti kiteorg tak marah customer. Habis2 pun lepas jumpa or call customer baru menyumpah2 menjerit2..huhu

Then hari tu gi jumpa client kt office dia. Tunggu lame satu hal, duduk pun tak bagi. Ko tak rimas ke tengok orang berdiri lame2 depan ko. Langsung tak hormat orang datang tempat dia. Berdiri 2 jam la aku kt situ nk tunggu settlekan OS dia. Boss dia pun 2 x 5 gak.. Dah nampak bukan nak tegur staff dia! klo ye pun taw aku ni dak praktikal, tak boleh ke hormat sikit. Aku yang audit company ko mula sampai habis taw tak!!!

Errrrr geram2.. Kesimpulannya hormati la client & tetamu anda.. Bila semua nak marah2 semua jadi carca marba. Dosa pun dapat sebab marah2 kn..

Sekian saja tazkirah pada hari jumaat ni..huhu tazkirah ke luahan perasaan.. :)

Gambar hiasan..
Keje dah submit, manager tak review lg..weeee bahagianya hidup :)






Wednesday, 28 March 2012

Study vs. Kerja~

1. Kelas paling kejap 2 jam paling lama 8 jam ~ kerja fixed 8 jam + OT malam2 kat rumah! :(

2. Gi kelas boleh tido, berangan, bergosip ~ Gi kerja boleh bergosip je!

3. Kalo study ada assignment, boleh tiru, cari kt tenet, copy paste ~ Kalo keje kena buat betul2, bile xtaw mula la mulut nie nak sebut " gila la camnie" " mati la cam ni "..astagfirullahhalazim (geleng kepala)

4. Kalo study, bila tension terus gi tengok wayang ~ Kalo keje, bila tension hadap la tension tu, takde masanya nak gi tengok wayang!

5. Kalo study siang2 boley tido ~ Kalo keje siang2 tak boley tido

6. Kalo study, bila nak hantar assignment lenggang lenggok je jalan ~ Kalo keje, bila nak submit keje kat boss dah macam lari 100 meter, ketiak basah, air-con pun dah tak rase ade je yang xkene!

Tapi..

7. Kalo study ada exam ~ kerja takde exam, takyah nak bersengkang mata belek buku, otak beku menghafal

8. Kalo study tak dapat duit ~ kerja dapat duit

9. Kalo study, jari keras menulis ~ kalo kerja tekan2 keyboard laptop je, tapi mata juling bila nak cek report!

10. emmmmm.. xde idea dah

So, study or kerja best??? emmm.. dua2 sama je! kadang2 study best, kadang2 kerja best! bersyukur la walau apa pun situasi, asyik nak merungut je!

Tapi!!!!!!!!!!! malam ni sangat malas giless2 nak buat keje. seriously muak dah tengok file pink nie!!! cepat la bulan july! tak sabar nak habiskan praktikal ni! 

kesimpulannya : merungut lagi! :)








Wednesday, 14 March 2012

Practical~

Hai...lamanya tak update. Still takde mood nak update about KK. Nanti2 la crita pasal KK. Now nak story about practical. first2 start seriously tak sabar!! awal2 lagi dah iron baju, kemas2 barang nak bawak.. 1st week then 2nd week enjoy, balik rumah lenggang kangkong tak bawak apa2..Masuk 3rd week dah jadi gile!!! banyak gile keje nak buat! sambung OT kat rumah sampai kol 1, hari2 bawak file pink balik! kiri kanan tangan ada barang! waaaaaaa stressssssssss. camni ke keje nanti??? klo dah kawen confirm laki kemana anak kemana..hahahha
Tapi sekarang dah bley adapt. Dah terbiasa buat keje malam2. Bila takde keje still tak boley tido awal..huhu 
Member2 practical semua sempoi! dapat geng 1 kepala! hari2 question??? harini makan mana wei???? banyak jugak la kedai2 makan kat sana dah rasa. seberang jalan besar ramai2 pegang tangan, skali kena hon, memag kena menyumpah la driver 2..
Sekarang tengah audit luar, boley la relax2 sikit.. balik awal, makan sesuka hati pkul brapa, update blog pun sempat. k la taknak bebel panjang nanti orang menyampah baca.hehe Bye! 
Jap2..layan gambar dulu...







Sunday, 4 March 2012

Perbualan doktor dgn pesakit~

Doktor: awak sakit apa?
Pesakit: batuk, selsema, sakit urat, demam kot..
Doktor: amboi banyaknye <sambil memeriksa pesakit>, brapa lama dah?
Pesakit: seminggu tapi semalam dah baik, harini datang balik.
Doktor: Ok sy bagi awak ubat ni.......... & MC untuk esok.
Pesakit: Trbayang file2 yg besepah atas katil, section2 yang belom siap!!! sambil berkata sy taknak MC.
Doktor: angkat kening buat muka pelik (^-^)

Gile apa taknak cuti??? ( Puan!! sila bg sy lulus cemerlang k ) haha..orang bagi cuti taknak cuti, orang taknak bagi nak cuti.. haha nie sume angkara percutian rahsia itu.. dok sana sejuk hingga ke tulang, balik sini panas macam dok dalam oven. Ni je nak membebel. Nanti update pasal percutian yang tak berapa nak rahsia tu. sekarang sangat busy and kekeringan idea and tips. Mata ajak tido, selamat malam dunia. ( tido ditemani file pink and kertas2 putih yang semakin hancur ). Semoga mimpi boss tak datang sok..

Bye..
08:21 p.m



Tuesday, 21 February 2012

Alhamdulillah~

Pagi2 senyum sampi ke telinga...over haha.. Alhamdulillah.. TQ Allah.. syukur sangat2 result ok. Dapat naik pentas lg..weeee :)  Hopefully sem akhir nanti dapat kekal kan. Tahniah jugak pada kawan2 yang lain :) kita dah usaha, ini hasilnya.. All the best untuk sem akan datang..


Friday, 17 February 2012

Bosan~

Hari ni sangat tak productive!!!!!! ahhhhh bosan gile takde keje.. haha de keje salah, takde keje salah kan.. ni la manusia tak pernah sempurna..

perkara wajib bile bosan :)

cita2 nak jadi alean. tapi ambil coz account jadi la otak besar camni sbb tension balance sheet tak balance..hahah

mata pulak jadi besar sbb tengok nombor banyak sangat. bagus jugak takyah guna kanta pembesar 2..huhu


cita2 kedua nak jadi mak andam makeup orang kawen..tapi blajar make up tak abis ni la jadinye opera cina terus!!!!

grad jugak akhirnya!!!haha  seriously tak sabar nak nak konvo!!!


ok tu saje nak update.. 
conclusion: bosan


Monday, 30 January 2012

For girlzz!!! Waspada!!! Kesilapan ketika Haid~

Hobi membeli majalah remaja datang balik!! Best baca majalah remaja ni, banyak info2 tentang remaja. Selain cerita tentang artis, feshion, ada juga tips yang sangat berguna untuk remaja especially untuk girls. Ok! takyah promote majalah remaja dekat sini. Just nak share satu info dalam majalah remaja bulan ni. Juga peringatan untuk diri sendiri!!!! 'kesilapan ketika haid' So, apa dia kesilapan or maybe kita anggap benda tu remeh je masa haid????

1. Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukarnya, kemungkinan kuman akan meresap pada tangan. Rasanya semua orang tak lupa basuh tangan. gile pengotor kalau tak basuh kan..
2. Menyimpan tuala wanita di dalam bilik air. Keadaan ini boleh membiakkan kuman pada tuala yang belum digunakan. ok selamat, yang ni tak pernah buat. toilet kogsi, bukan guna sorang2..
3. Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Semakin hampir tarikh luput semakin berkuranganlah mutunya. seriously tak taw pun de tarikh luput!! selalu beli banyak2 senang, takyah nak beli selalu kan. Rupanya de expired date jugak!
4. Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barang lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya. Tapi pad kan selalu de promosi 2 pack 20,20 kn??? lagi murah dari beli 1 pack.. emm so pasni jangan beli yang 2 pack dah.
5. Menggunakan produk tuala wanita di peringkat percubaan. pad2 jenama baru keluar kn selalu bagi pad percubaan free. maybe belum cukup kualiti, boleh timbul pelbagai masalah. emmm..gile tak nak benda free..ok2 be aware!
6. Menggunakan tuala wanita yang mengandungi bahan perubatan dan pelbagai wangian. Kebanyakan doktor menasihatkan agar kamu tidak menggunakan tuala wanita yang sebegini kerana ia berkemungkinan boleh menjejaskan kulit. slalunya mesti kita nak yang ada wangian sikit kan. Barula confident sikit bila berada sekeliling orang lain. ok be aware lg untuk kesihatan.

So, berhati2 la lepas ni. Maybe kesan dia bukan sekarang tapi akan datang. Nampak macam remeh je tapi kena fikir kesan jagka panjang. Nasihat khas dari pakar sakit puan - gnie..huhuhuh  :)

Tuesday, 24 January 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T

Mood cintan-cintun pepagi nie..auuuwwww :)
Ok pepagi lagi dah on FB. Semua orang post status pasal cinta ok!!! ohhhhh pe kes ni?? semua orang bahagia dengan cinta ke baru putus cinta..huhu (actually not semua la, mostly). emm tertarik dengan ayat nie


Sekuat mana kita setia, Sehebat mana kita merancang, Selama mana kita menunggu, Sekeras mana kita bersabar, Sejujur mana kita menerima dirinya. Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, Kita tidak akan bersama dengannya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, Kita tetap akan bersama dengannya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..

So, tak payah la kita over sangat masa bercinta ni. Tiba masanya datang la jodoh kita tu. padahal aku dulu pun camtu jugak..hehe nasib la incik F ni buat keputusan yang bijak. tak couple tapi masing-masing tunggu masing-masing. boley?????? insyaAllah.. I belajar U cari duet bebanyak k..kurang dosa keluar berdua..hehehe


tapi betul ke perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki??? bila google tentang nie, rupanya tiada dalam Al-Quran pun. cuma perumpamaan sahaja. sifat perempaun seperti tulang rusuk, kalo kita cuba luruskan tulang rusuk tu pecah la kan. means kalo lelaki tu or suami selalu beri tunjuk ajar yang baik lama2 perempuan or isteri tu akan ikut..paham??? untuk lebih faham kena baca ni..dari blog Aisyah Humairah


Perempuan itu insan (manusia), sama seperti lelaki. Dan insan itu, baik lelaki mahupun perempuan, diciptakan Allah dari bahan yang sama, min nafsin wahidatin.

Perempuan itu zauj, yakni pasangan buat lelaki, dan lelaki pun zauj bagi perempuan. Sama dan sedarjat walaupun berbeza tugas dan pelengkapan jasmaniahnya untuk memudahkan menjalankan tugas masing-masing.

"Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)

Dalam tafsir al-Manar dengan pembahasan yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa nafsin wahidatin itu ialahalmahiyah wal-haqiqiyah, sesuatu dan hakikat. Kemudian dinyatakan:

"Yakni Dia menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat". (Tafsir al-Manar 4: 327)

Abu Muslim dan Ar Razi dalam tafsirnya berkata:
" Erti Dia menciptakan daripadanya pasangannya, Dia menciptakan dia dari jenis yang sama, maka adalah ia serupa dengan dia (tidak berbeza)".

" Dan dari antara kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu dari anfusikum - dari bahan yang sejenis dengan kamu - beberapa pasangan untuk kamu menenteramkan fikiran padanya, dan Allah membuat di antara kamu sekalian kecintaan dan kasih sayang". (Surah Ar-Raum: 21)

Isteri-isteri kita bukan sebahagian dari badan kita, dan tidak dibuat dari sebahagian badan kita.

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian seorang rusul dari anfusikum, yang sebangsa atau sejenis dengan kamu sekalian". (Surah At-Taubah: 128)

Dalam ayat tersebut diterangkan bahawa rasul itu darianfusikum. Tentu bererti bukan sebahagian dari badan kita, dan bukan pula dijadikan dari sebahagian anggota badan kita.

Demikian pula dalam hadis dinyatakan perempuan itu dibuat dari tulang rusuk. Bukan bahan asasnya dari tulang rusuk tetapi mempunyai sifat seperti itu.

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

praktikal~

Tak sabar nak praktikal ni. seminggu je lagi. sepanjang 22 tahun tak pernah bekerja, excited beb..hehe tapi tetiba baca satu article nie kt thestar online!!!!!

Accounting firms pushing interns to breaking point

MY daughter has just passed her 18th birthday and is pursuing her first year accounting course. The course that she attends requires that she does internship with accounting firms and she is placed in the audit department in one of the Big Four accounting firms.
She came back on Day 1 at 9pm. The nightmare had begun. If she comes back early, and early here means about 9.30pm, she brings back work that will take her till 1am to finish.
Other nights she comes back past midnight. Imagine the worries of a mother waiting at home knowing that she drives alone and likely goes to the car park alone at that hour.
Another important issue here is that the accounting firms are exploiting these “trainees” and making them and other workers perform jobs at odd hours almost every day, during the so-called peak period.
On the very first weekend, she was asked to go back to work on Saturday till about 4.30pm and brought back tons of work which she continued to work on as these had to be completed by Sunday.
Suddenly, I don’t see her at all and have no time to talk to her.
Very often the trainees are too “green” or afraid to speak out, especially as many of their seniors suffer the same fate.
While we understand late nights are required sometimes, surely there must be a limit. Why do we allow this to happen? Can someone enforce some regulations?
A CONCERNED MOM,
Kuala Lumpur.

fuuhhhh!!!! keje dah macam jadi senior auditor..dapat gaji beribu3 takpe jugak..huhu takut pulak nak start praktikal. hopefully tak jadi macamni nanti.

Wednesday, 18 January 2012

bye2 sem 6~

Berakhirlah sudah sem 6<ayat skema>. kejap je rasanya. tinggal lagi 2 sem nk habiskan degree. semalam last paper. sangat susah ok!! harap2 lulus la. lepas habis exam, petang tu kemas2 terus cau epoh. sem ni rasanya paling best. housemate gile2. memang tak sunyi dengan gelak tawa. study pun sangat relax & tenang je. so apa aktiviti sem nie??? jom kita review..

 Bowling
 Awal2 sem biasa la, tak banyak assignment, class pun kadang2 batal. hari khamis class start pukul 10 so, rabu malam kiteorg keluar la pergi JJ main bowling.

Makan-makan
pergi makan steamboat..fuhhhhh buncit perut beb makan banyk!! kiteorang makan kat Restoran Shabu Shabu. restoran ni dekat Manjung, perak. RM19.90 per head. dia buka 11.30am-11.30pm. kiteorang sampai sini 10.00pm. apa lg cepat2 la makan. selain steamboat ade jugak western food. semua jenis makanan laut ade.pilih je..emmm lepas paper semalam nk pergi lg. tapi tak jadi.fulus tarak..heheh

Anugerah Dekan & Bestari
Alhamdulillah result sem lepas ok. dapat la merasa naik pentas lg.. congratz kawan2...hehe harap2 sem ni pun ok. tp semalam paper susuh!!!!waaaaaAAAAa......

Teluk Batik & Marina Island


lepak dekat Teluk Batik & Marina Island.. mana lagi nak lepak kan. kalau bukan ipoh, lumut la. plan pergi Teluk Batik nak mandi-manda tapi tak jadi coz panas sangat. rentung la kulit i nanti..huhu so naik bot je RM5 pusing2 kat laut. masa tu air pasang. melambung2 beb.. Marina Island best untuk lepak2. view dia sangat cantik. angin bersepoi2 bahasa gituw. actually dekat situ de jetty ke pangkor. naik feri dalam 10-15 minit kot. tiket pergi balik RM10 je.

 Taiping
 ha..ni la last minute punya plan..tetiba rasa nak pergi taiping makan mee udang. boley??? harga RM7-RM11. banyak gile udang, besar2 pulak tu. tak ingat la apa nama kedai dia. tapi dekat kuala sepetang la. 10-15 minit dari Simpang Taiping. actually tak taw jalan pun. main redah je..huhu lepas makan singgah hutan paya laut matang. malangnya jalan masuk nak tengok pokok bakau tu renovate. tak boley la masuk sampai dalam. masuk sini free je. balik tu singgah taman tasik. nie pn main redah je jalan..huhu

BBQ
padahnye tak pergi LDK sem2 lepas, ni la jadinya. 3 minggu berturut2 beb, kena repeat module. so dah alang-alang weekend dekat SI kiteorang plan buat BBQ. ayam tu bakar same2. makanan yang lain, masing2 bawak dari rumah, masak siap2.. kecoh mase ni. nasib la ye jiran sebelah..hehe

Dinner MoBAC
sem ni batch kiteorg kena in charge dinner. macam2 la deorang plan dari sem lepas lagi sampai la hari dinner. jadi Ajk hadia takde la banyak sangat keje. i orang bawahan je..hehe


dinner  di Tower Regency Hotel. dapat dewan sangat besar. tema kali ni J-STYLE <jubah in style>.
makanan sedap Chinese Food. malangnya tak dapat makan puas2 sebab kena jalankan tugas bagi hadiah..huhuhu gambar pn sikit je.

ni la antara kenangan sem 6.. hope akan datang lagi best. lepas ni kite plan pergi jauh2 pulak..huhu jumpa lagi kawan2 sem 8 nanti...:)

Borong Cadburry & Magnum ~

Taaraaaaaa....
hehe..semalam lepas taklimat praktikal terus pergi ambil baucer buku ni..walaupun baucer, bukan duit still seronok jugak sebab rm200 kn..yang bestnye next sem praktikal, so tak payah la nak beli buku. lagipun valid sampai bulan 3 je..emmmm apa nak beli erk??? disebabkan ni my fren sorang nie bermurah hati nak blanja kiteorg..yeayyyy!!!!!!

 So, kiteorg pergi la kedai rahmat sebab kedai ni je yang dekat & terima baucer. nak guna baucer kena tunjuk i/c. ramai gile orang kot. nak tunggu bakul pun lama ok!!! nk beli barang banyak tak kan pegang & kepik2 kt ketiak kot..huhu..emmmm yang tak bestnye, tengah2 beratur nak bayar tu, owner or pekerja tak taw la kn, borak2 dengan sorang ni. dalam borak2 tu boley pulak dia cakap lebeh kurang cam nie la " dari pagi tadi ramai org, deorang nie tak taw waktu solat ke" Hellloooo.. bukan orang yang datang tu same je dari pagi sampai petang...adoiiii ade jugak peniaga yang tak suka orang ramai2 datang kedai dia..tak nak untung ke?????

ni la yang kiteorang borong semalam termasuk la 7 batang pen, chocolate cadburry, magnum & len2..fuhhhhh sodap!!! total rm100.30..kena tambah 30 sen hehe.. thanks to shima sbb blanja kiterang..nk guna duit jagan harap la nk beli banyak2 cam ni kan..thanks to goverment jugak sbb bagi baucer ni :)

emmmm baucer saya nk beli pe??? harini nk jalan2 kt MPH & popular. nak usha2 barang & buku yang boley beli..








Tuesday, 10 January 2012

wedding~

oh mama saya mahu kawin..kawin dengan siapa..dengan siapa saja..hehehe nie la lagu yg my frenz <bella> selalu nyanyi bila tension study.. emmm tiba-tiba rasa x sabar nk kawin..boleh???huhu study x habis jangan harap la nk kawin ok!! nie semua penangan drama Tentang Dhia & filem Ombak Rindu. ditambah pulak classmate time sekolah dulu kawin..fuhh xbasar ok!! hahaha.. relax2..study first..


ok lepas sorang-sorang classmate time sekolah dulu mendirikan masjid & ramai jugak yg bertunang..rasa macam baru lagi main-main kt sekolah. la nie dah kawin & nk kawin dah..hehe congratz U ollsss.. paling terasa bila best frenz yg kawin..lagi la perasaan nie tercabar..huhu..sebenarnya xready lg pn..masak pn xberapa nk reti..oppssss

Jom layan picture!!! dh lama nk buat entry nie..tp malas, nie la jadinya pic 2011 post 2012..hehe ada i kesah..baru bulan 1 kn..huhu


my best frenz..1 kawin tinggal la kami 3 serangai

Khairi & Mazira semoga berkekalan hingga akhir hayat..amin

member SMKDMK

outdoor photoshoot..yessss dapat!!!who next??? i la..hehe

oppssss.. over la pulak

                     


                                  Ni yang latest..o1/o1/12


~posingggg~

lg skali over..mana pengantin???


kami :)


cikgu Em yg sempoii


kawan lama..kini..selamanya :)

Monday, 2 January 2012

welcome 2012~

Another Day, Another Month, Another Year.
Another Smile, Another Tear, Another Winter,
A Summer Too, But
There Will Never Be Another You!
May Lovely, Happy Times
Decorate This Time Of The Season.
May Warm, Special Memories Brighten our New Year.. c:

Happy New Year!!!!
welcome 2012..bye-bye 2011..

Alhamdulillah Allah masih panjangkn umur..
smoga tahun nie lebih baik dari tahun sebelum ini..






Tuesday, 27 December 2011

Final Exam & Stado Week ^^

Waaaaa... :(  kejapnye masa berlalu.
now cuti study week tp satu buku pn x baca lg..
bukan setakat x baca sentuh pn tidak..
ha????? how?? how??? how????


Study week tukar jadi 'Stado week'..huhuhu :)
why??? sbb masa dihabiskan dengan tido je..heheh
mood study sila la datang cepat!!!!!! camne nk berjaya klo camni jerk..huk huk


Tapi sebenarnya study waktu nak final exam ni la baru kita betul-betul faham apa yang kita belajar dalam kelas sebelum-sebelum nie kn?? sebelum nie datang kelas balik kelas.. tapi x faham pn.. tambah2 lagi member kita present kt depan confirm x focus kn? bila kelas dalam lab lg la x focus sebab orang present kt depan kita dok online kt belakang.. buka FB la, buka beutifulnara la & macam2 lg..huhu.. dh nk final exam nie baru la kelam kabut nak study, kelam kabut nk menghafal.. tapi masa nie la baru faham apa yang kita belajar sebelum nie.. knp camnie erk???? emmm.. maybe sebab time ni baru kita betul-betul focus. masa ni la baru tahu masa itu emas. nak makan pn rasa buang masa. nk tido pn berkira takut lama. emmm.. tapi tido sangat penting sebenarnya.. kalo x cukup tido nanti otak x cukup rest. bila otak x cukup rest tu yang blank time exam.. so camne??? tido or study lebih penting??? hehe of course la study lebih penting.. 5-6 jam tido dh kira ok la..


Tips utuk final exam ~
(actually bukan tips la.. nie la yg saye terajin buat masa final exam)


1. jarang2 melambatkan solat..<doa lame-lame & baca Al-Quran jangan lupa>
2. selalu ingatkan mak tolong doakan.. <mak doakan orang taw!> ayat yang x penah lupa bila nk balik SI & setiap kali call
3. jarang tido selepas subuh..( bila abis je final x boley buat..knp erk?? dh cuba tp x boley. mesti nk tido jugak klo ada masa..)
4. minum susu anlene bila sakit tulang belakang..almaklumla asyik duduk study jerk huhu :P


susu nie sangat mujarab bila sakit tulang belakang..minum 2-3 kotak dh ok!


5. pagi2 minum jus tok guru..( yang ni saye slalu amalkan hari2 )


perisa anggur sangat sedap! baik untuk tenaga! pastikan yang Ori ye :)




** malam ni nak start study..berjaya kah???? huhu..harap2 mood study datang c:
chayok!! chayok!!

Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™