Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Monday, 6 August 2012

Iftar sempena habis praktikal ~

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang ke18..emm kejap je masa berlalu. Kalau dok rumah nie sure hari-hari countdown tengok calender bile nak raya. Nasib baik la keje, takde la rasa sangat lambat tu. Last week dua hari berturut-turut berbuka kat luar sempena habis praktikal. First iftar dengan kawan-kawan office kat Regency Hotel. Walaupun tak banyak sangat choice, kire ok la makanan-makanan dia. Berbaloi la bayar RM32. Masa sampai tak ramai orang lagi, so boleh serebu semua makanan letak atas meja!

Member-member praktikal.. Sporting..gila-gila..banyak mulut..Korang sume sangat best!

Next, iftar dengan member UiTM kat Restaurant Simpang Tiga. Masa ni sengaja datang lambat, so makanan kebanyakkannya dah habis. Tengok meja orang sebelah bukan main banyak makanan & nampak cantik-catik, sedap-sedap. Nasib baik la ada yang datang awal, penuh jugak la meja kiteorang. Jadinya makanan korang, makanan aku. Makanan aku, makanan aku jugak..:) First time pergi sini sebab orang kata makan sini mahal. Untuk berbuka nie agak murah sikit la dari hotel-hotel RM26. Emmm for me tak berapa nak sedap pun masakan dia. presentation je ok kot. Makanan kat sini ala2 masakan indonesia. Tapi aku rasa makan kat indon dulu Restaurant Simpang Raya lagi sedap!

Member-member UiTM

Setakat nie baru dua hari je bebuka kat luar. enjoy berbuka dengan korang semua.. :)

*Tak banyak gambar makanan & presentation dia, coz lupa nk cas camera







Friday, 13 July 2012

naikkan selera makan & mood memasak~

Salah satu cara untuk naikkan selera makan & naikkan mood untuk memasak adalah dengan melihat gambar makanan-makanan yang sedap pagi-pagi hari..hahah teori sndiri!





antara makanan yang ada masa jamuan semalam yang pastinya bukan aku yang buat ;). 
Semalam cam takde selera nak cuba sume makanan sbb kenyang & pikir nak siapkan keje jugak! hari ni baru nak mengidam! jem!!!!

Monday, 25 June 2012

Tempahan Almond London~

Assalamualaikum..

Sekarang dah bualan Syaaban, 3 minggu lagi dah bulan Ramadhan. So macam biasa la keje aku kalo bulan-bulan puasa untuk promote Almond London kakak ipar aku. Lagi banyak customer lagi banyak la duet raye aku..heheh Thanks la kawan-kawan yang beli tiap-tiap tahun tu :) Tahun ni start ambil order awal atas permintaan ramai. Kedai pun dah suruh hantar awal. So senang cerita sesiapa nak order almond london boleh order dari sekarang. Tidak kira untuk raya, bulan puasa, mahupun untuk suka-suka nak makan. :)


Menurut kata pelanggan tetap sedap:)
50 biji RM22..Full badam

Tuesday, 22 May 2012

Apam polkadot yang tak berseri-seri~

Assalamualaikum..

Bila tengah puasa ni semua makanan nampak sedap. Bila time tak puasa tu takde pun teringin nak makan pape. So memandangkan semalam rajin terlebih, tambah pulak keinginan yang terlampau untuk buat apam polkadot, maka bersemagat waja la aku buat apam polkadot malam tadi. :) Petang sebelum balik keje dah siap-siap google resepi then balik keje terus singgah beli barang-barang. Yang malangnya nak beli pewarna tersalah beli perisa. Jemmmm2.. So gunala pewarna yang ada kt rumah je.

Ni la apam polkadot yang takde seri 2..heheh pudar je kaler dia. Nak tunjuk orang pun malu. Tapi walaupun takde seri rasa dia tetap ok. :) cuma kurang pewarna jerk..hehe first time cuba kira lulus la nie kn.

Ni resepi dia:

Bahan-bahan
275 gm tepung gandum & 3 sudu teh baking powder (diayak sekali)
220 gm gula halus150 ml susu cair
3 biji telur gred A yang sejuk (simpan dalam peti ais)1 sudu kecil ovelette (sponge kek stabilizer)1 sudu esen vanillaPerasa atau inti mengikut citarasa masingPewarna ikut sesedap mata memandang 


Cara membuat
1. Pukul putih telur sehingga kembang
2. Masukkan ovelette, kuning telur, esen vanilla pukul sehingga kembang lagi
3. Masukkan gula pula dan pukul sehingga kembang
5. Masukkan camburan tepung dan baking powder diselang-seli dengan susu dan pukul sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
5. Masukkan setiap adunan kedalam paiping bag atau nak jimat guna plastik
6. Picit adunan kedalam mangkuk kertas (separuh)
7. Masukkan perasa atau inti
8. Masukkan adunan sehingga penuh dan dot dot kan.
9. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana 

* Pewarna kena pekat sedikit sebab apam akan mengembang. (untuk mengelak apam yang tak berseri :) )
* Kurangkan sedikit tepung untuk mengelakkan apam keras
* Api tak boleh kuat. Tapi kalo slow sangat bertahun nak tunggu apam masak. kesimpulannya sederhana je.
* Balut penutup kukus untuk mengelak air wap terjatuh atas apam

Sekian..lain kali nak cuba lg :)











Thursday, 17 May 2012

Raya kecil-kecilan~

Assalamualaikum..

Salam jumaat semua. Hari ni ade sambutan hari raya kat office. huhuhu over kan. baru ganti puasa 3 hari dah sebok nak raya. Sekali- sekala nak buat makan-makan apa salahnya kn. So, kenyang perut suka hati la kami pagi ni. Boss sampai pun selamba badak jugak makan. Nasib baik boss sporting..heheh sowie boss! Siap google resepi lagi petang semalam. Balik keje terus singgah kedai beli barang.

Yummy!! ni je makanan yang sempat snap. Sume sedap-sedap belaka. Lepas la nak kawen camni..haha
padahal aku goreng-goreng je pagi tadi. Walaupun goreng-goreng je licin gak kn..hehe nanti i masak sedap-sedap ye untuk uolls :)


Muka teruja & gembira bila perut kenyang. Jom sambung keje :(








Wednesday, 25 January 2012

Nasi Arab Damsyik~


Ahlan Wasahlan..
Ya Habibi Ya Mulana..
hehe mood arab la pulak.. Malam tadi makan nasi arab dekat area senawang. ramai gile orang. ok la rasa dia. Restaurant ni open hari2 kecuali selasa. isnin-khamis 11am-11pm, jumaat 4pm-11pm.


NASI ARAB DAMSYIK
NO 1 JLN BOURGAINVILLA 1
TAMAN BOURGAINVILLA SENAWANG
70400 SEREMBAN


before pergi capture dulu gambar cik mia gebob2 nie.. baju baru ok!!

Nasi Arab Damsyik. tak jelas sangat, banyak cahaya. maklum la guna camera sony je bukan NIKON..hehe


menu yang disediakan


ni la nasi arabnya.. boley juga order daging. kalau order untuk ramai, deorang akan hidang dalam talam.

Shai Ais (tea O ais). ada daun pudina





pokok kurma/tamar yang ada di keliling restoran ni.









Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™