Wednesday, 21 March 2012

Fly ke Kota Kinabalu (day1)~

Alhamdulillah sampai juga di Kota Kinabalu. Banyak gile halangan nak pergi tapi akhirnya sampai jugak. Nak kata last minute plan tak jugak sebab tiket dah book tahun lepas lagi RM10 je. anyone can fly with Air Asia huhu..Totally agree dengan tagline deorang. Tapi yang pasti last minute decide nak pergi. Pukul 12 bus ke LCCT, pukul 10 baru betul2 decide nak pergi & kemas2 barang. Nak bawak baju pe nie?? mana tudung nie?? nak bawak pe lg???? huhhh mengelabah gila masa 2..
Kali ni adventure sikit. Dari ipoh sorang2 naik shuttle bus ke LCCT sebab yang lain dah pergi dulu hari khamis. Tiket shuttle bus dari ipoh ke KLIA & LCCT RM42. Bus nie besar, selesa & deorang akan bagi air mineral setiap orang. Budget sampai LCCT pukul 4 last2 sampai pukul 3 sebab dia tak singgah KLIA. So, sorang2 lagi tunggu my sis sampai.

Naik sama flight dengan Sam uolls..huhu seriously sporting & peramah Sam ni. Dia yang cakap hai masa nak turun fligh..rasa nak pegsan kejap..hahaha <tak tipu ok!!> 

Sampai2 Airport KK supir & family abang pick up kiteorg terus ke kundasang. Jalan kesana bengkang bengkok macam gi cameron. yang seramnya kiri kanan de rumah orang, balkangnya ada gaung. Dah la driver bawak laju gila. dalam hati ni mengucap banyak2 la.

On the way ke kundasang tu ada pasar. lebih kurang macam cameron jugak. ada jual buah, sayur, bunga ros pun ada.


First tempat singgah Sabah Tea Garden. kat sini singgah kejap jerk sbb sama je macam cameron. Tapi cameron lagi cantik kot.

Next, terus ke Poring Hot Spring, Ranau. Ada banyak kolam air panas kat sana. Ada jugak taman rama2. Tapi yang lebih adventure Canopy Walk. kiteorang datang sini just nak naik Canopy Walk. 41 meter tinggi 157.8 meter jauh.. mampu??? haha mengah beb. Setiap tempat kena bayar. Lebih kurang RM3. Setiap camera & video camera pun kena charge jugak RM5 & RM30.





Dah penat masuk hutan, Kiteorg pergi tengok bunga rafflesia. Alhamdulillah ada rezeki dapat tengok. Hujan pun sanggup redah. Bunga ni hanya kembang 5-6 hari je setaun. Kebayakan blakang rumah orang ada bunga ni. Tapi kena bayar kalo nak tengok RM10 sorang.

Baru 2 hari kembang

posing dari jaoh jerk sebab bunga nie tak boleh sentuh, nanti dia mati.

Dah puas tengok bunga, ketorang pun terus gerak ke Sutinah homestay. Boley view clear mount kinabalu. Semua dah keletihan & kelaparan. So malam 2 kiteorg buat BBQ and my sis masak ikan masak stim.. pehhh sodap!!!

Sambung next entry~





















Wednesday, 14 March 2012

Practical~

Hai...lamanya tak update. Still takde mood nak update about KK. Nanti2 la crita pasal KK. Now nak story about practical. first2 start seriously tak sabar!! awal2 lagi dah iron baju, kemas2 barang nak bawak.. 1st week then 2nd week enjoy, balik rumah lenggang kangkong tak bawak apa2..Masuk 3rd week dah jadi gile!!! banyak gile keje nak buat! sambung OT kat rumah sampai kol 1, hari2 bawak file pink balik! kiri kanan tangan ada barang! waaaaaaa stressssssssss. camni ke keje nanti??? klo dah kawen confirm laki kemana anak kemana..hahahha
Tapi sekarang dah bley adapt. Dah terbiasa buat keje malam2. Bila takde keje still tak boley tido awal..huhu 
Member2 practical semua sempoi! dapat geng 1 kepala! hari2 question??? harini makan mana wei???? banyak jugak la kedai2 makan kat sana dah rasa. seberang jalan besar ramai2 pegang tangan, skali kena hon, memag kena menyumpah la driver 2..
Sekarang tengah audit luar, boley la relax2 sikit.. balik awal, makan sesuka hati pkul brapa, update blog pun sempat. k la taknak bebel panjang nanti orang menyampah baca.hehe Bye! 
Jap2..layan gambar dulu...







Sunday, 4 March 2012

Perbualan doktor dgn pesakit~

Doktor: awak sakit apa?
Pesakit: batuk, selsema, sakit urat, demam kot..
Doktor: amboi banyaknye <sambil memeriksa pesakit>, brapa lama dah?
Pesakit: seminggu tapi semalam dah baik, harini datang balik.
Doktor: Ok sy bagi awak ubat ni.......... & MC untuk esok.
Pesakit: Trbayang file2 yg besepah atas katil, section2 yang belom siap!!! sambil berkata sy taknak MC.
Doktor: angkat kening buat muka pelik (^-^)

Gile apa taknak cuti??? ( Puan!! sila bg sy lulus cemerlang k ) haha..orang bagi cuti taknak cuti, orang taknak bagi nak cuti.. haha nie sume angkara percutian rahsia itu.. dok sana sejuk hingga ke tulang, balik sini panas macam dok dalam oven. Ni je nak membebel. Nanti update pasal percutian yang tak berapa nak rahsia tu. sekarang sangat busy and kekeringan idea and tips. Mata ajak tido, selamat malam dunia. ( tido ditemani file pink and kertas2 putih yang semakin hancur ). Semoga mimpi boss tak datang sok..

Bye..
08:21 p.m




Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™