Thursday, 3 May 2012

Tak puas hati ~

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas, gi bawa anak buah gi klinik. Sangat tak puas hati dengan service deorang. Nurse ramai tapi nak register punya la lame tunggu. Dah la kaunter register mengadap ke pintu. Memang takde kerusi la nak duduk. Kalau duduk kt kerusi dalam, orang potong queue pulak. So, berdiri la aku lame2 sambil tengok2 nurse tu bila nak layan. Dah la panas, muka ketat la aku tengok nurse tu. Bila dah layan tu, macam nak tak nak pulak. "Ni sape yang sakit sebenarnya? U ke sape?" ha boleh pulak nurse tu tanya dengan nada yang mintak kene lempang tu! dah aku tulis Aiman.. Tak kan aku pulak kan! bukan nak say sorry ke..

Emm..bila kita ni keje bagi services kat orang, mesra alam la sikit. Muka senyum, cakap baik2, say sorry la bila lambat. Orang yang marah pun boleh jadi lembut. Ni tak, customer dah berapi, dia menambah2 api..errr bengang betul. Tak kan kena marah dengan doktor or boss nak lepas kat customer kn. Bankrupt la business ko lepas ni.

Tapi kalau jadi auditor bagi services kat orang jugak.. Dulu dengar orang kata, jadi auditor ni semua orang takut. Tapi sepanjang praktikal ni takde pun orang takut..Siap kene kacau lagi ada. Agaknya sebab kecik sangat kot..hahah..Tp yang pasti kiteorg tak marah customer. Habis2 pun lepas jumpa or call customer baru menyumpah2 menjerit2..huhu

Then hari tu gi jumpa client kt office dia. Tunggu lame satu hal, duduk pun tak bagi. Ko tak rimas ke tengok orang berdiri lame2 depan ko. Langsung tak hormat orang datang tempat dia. Berdiri 2 jam la aku kt situ nk tunggu settlekan OS dia. Boss dia pun 2 x 5 gak.. Dah nampak bukan nak tegur staff dia! klo ye pun taw aku ni dak praktikal, tak boleh ke hormat sikit. Aku yang audit company ko mula sampai habis taw tak!!!

Errrrr geram2.. Kesimpulannya hormati la client & tetamu anda.. Bila semua nak marah2 semua jadi carca marba. Dosa pun dapat sebab marah2 kn..

Sekian saja tazkirah pada hari jumaat ni..huhu tazkirah ke luahan perasaan.. :)

Gambar hiasan..
Keje dah submit, manager tak review lg..weeee bahagianya hidup :)






Friday, 27 April 2012

Damia & the cute hello kitty~

Assalamualaikum..

last week berlangsungnya majlis hari jadi Iris Damia Maisara a.k.a anak buah ku..wow ayat macam nak cakap majis orang kahwin jerk kn! my sis pilih theme hello kitty. Hello kitty kan cute miut sesuai dengan baby 1 year ni.

Ini la birthday girl. mia gebob-gebob..see tangan dia berketul2 macam tebu..huhu 
Happy Birthday Damia. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang solehah, cerdik pandai & sentiasa di rahmati oleh Allah amin :)


Decoration pada majlis tu. 
Semuanya plan & hasil tangan my sis. cute kn! preparation dah dibuat dari awal lagi. So tak penat sangat la malam tu. cuma yang penatnya nak pam semua bellon-bellon tu. Tapi puas hati bila lihat hasilnya :)
oh ya nak promote sikit. kek & cup cake ditempah dari kakak ipar. Sesiapa nak order boleh call no ni 0195139390 (Salmiza) selain kek & cup kek terima juga tempahan kuih bahulu untuk dibuat hantaran dan almond london untuk hari raya..almond london ni sangat laku ok. maksudnya sedap la kn..heheh


Damia teruja dengan hadiah-hadiahnya.. untung la kecik-kecik dah dapat hadiah banyak-banyak. masa lahir dulu pun dapat hadia banyak jugak.. semoga damia sentiasa dimurahkan rezeki..besar nanti boleh blanja acu..wink..wink :)








Friday, 13 April 2012

Zoo & Burmese pool Taiping~

Assalamualaikum :)

Khamis hari tu staff kat office ajak join deorang jalan2 Taiping. So, ke Taiping lagi la minggu ni. Kali ni bukan photoshoot, tapi jadi kanak2 riang. Kami ke zoo Taiping :)  Hellooo egat umur tu 2 tahun 3 bulan ke??? bila dah ramai2 best la jugak. peghak2 je semuanya. Riuh mengalahkan rombongan budak sekolah!!

macam biasa la janji keling cakap 7.30, 9 baru gerak..so keluarkan camera posing2 dulu :)
Ipoh-Taiping dalam 45 minit jerk. sampai2 terus breakfast. kakak2 office dah sediakan sandwich & nugget 

perut dah kenyang, maka start la penjelajahan kami di zoo taiping. Tuuuu diaaaa..panjang gila tiket..haha kami la rombongan gadis2 dari Wan Nadzir&Co Ipoh!!! Actually kiteorang dapat discount 50% sebab audit perbandaran Taiping. kalo tak, tak sior kiteorang nak pergi..huhu
Oh ye, tiket untuk dewasa RM12, kanak-kanak 3-12 tahun RM8 & warga emas 55 tahun ke atas RM10.

haiwan yang ada lebih kurang 1,300. Tapi gambar haiwan 13 pun tak sampai. Yang lain semua gambar orang2 yang pantang nampak camera :)

Dah penat tawaf satu zoo, kiteorang naik tren pulak..pusing lagi satu round. dua2 gerabak tu penuh dengan staff Wan Nadzir. sorry la adik2 sekolah..umur kami baru 2 tahun 3 bulan :)

Bila semua dah penat, kepanasan, ketiak dah basah, kiteorg pun gerak ke Burmese pool yang terletak di kaki bukit larut untuk berkelah & bermandi manda. Tapi aku tak mandi pun. mak kata takut kena kencing tikus!!! anak yang baik mesti la dengar cakap mak kn!!! emm redho je la tengok orang sume berendam.. Nak elak kena kencing tikus tapi dok atas kena gigit pacat. Thanks en.pacat sebab buat kaki saya bengkak sikit. emmm tapi orang kata kat situ takde pacat. habistu binatang pe pulak yang gigit darah2 & gatal!!


Next, kiteorang pergi makan mee udang Mak Teh pulak. Ada harga RM6, RM10, RM 12. disebabkan baru makan nasi, kiteorang order mee udang RM6 je. Tapi dapat mee udang RM10 punya.. fuhhh untung la dapat udang besar.. bankrupt Mak Teh klo slalu silap camni..huhu


Masa tengah2 order tu tiba2 rasa bergegar. semua dah cuak. Dah siap berdiri nak balik. Rupanya gempa bumi kat sumatra. Tapi, dalam takut2 tu kak zima still buat lawak konon nak junjung slamatkan kereta sebab tak habis bajar lg..hahah kak zima memg klakar.. 
sampai sini je jalan2 di Taiping.. enjoy :)

















Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™