Monday 4 February 2013

Percutian Budget ke Langkawi Day1~

Assalamualaikum..

Yess.. Alhamdulillah berjaya jugak plan ke Langkawi dengan housemate. Dari study week lagi dah plan and buat reseach. Akhirnya jadi juga walaupun tinggal 3 orang jerk. Habis je final exam.. zazzz terus pujuk memujuk mak untuk sponser nak gi langkawi ni..weehuuuuu.. Berjaya jugak pujuk.. Wellll dia taw anak bongsu dia nie memang kaki jalan. Tak boleh nak halang dah.. Tq mak..luv u..

Malam tu pukul 4 lebih baru tidur.. excited giler wei.. 1st time holiday jauh2 dengan kawan2.. masing2 tak boleh tido sebab tak sabar nak gi esoknya..hehe then 6.30am dah bangun siap2. Naik ferry pukul 8.15 am. Muka still ceria walaupun tido tak cukup.. :)



 Jeti Kuala Kedah. Tambang ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi RM23 sorang. So pergi balik RM46. Perjalanan 2 jam.. Masa untuk tidor dalam ferry.. :)

Sampai dah di Langkawi.. see eagle kt belakang tu.. :)


Sampai je Langkawi terus cari kreta sewa. Murah2 je kereta sewa kat sana. Yang penting kena pandai tawar menawar. So kiteorang decide ambil kereta viva, 2 hari RM90.. Kebetulan bernasib baik pulak masa tu dapat kereta yang dah ada 3 bar minyak.. Memang terlebih dari cukup untuk pusing Langkawi 2 hari..
Deorang siap bagi map lg. So tak payah susah2 beli. Sebelum gerak kita study dulu map & pilih tempat2 yang nak pergi.. then follow je map sure tak sesat punya..  takde GPS pn tak pe. Siapa nak sewa kereta kat sana boleh call no ni 0134508522~Rahmat Holiday. Boleh jugak nak book hotel/chalet kat sini tapi dia charge extra. Lebih jimat kalau book sendiri kat hotel/chalet. Island hoping pun boleh bayar kat sini RM30 sorang. Nanti ada orang yang akan jemput kita kat hotel.

So plan tido kat area Pantai Cenang sebab nak dekat dengan pantai. Sementara nak gi Pantai Cenang, apa yang boleh singgah kiteorang singgah.. Janji free :)

Taaadaaaa.. hehe bukti sampai Langkawi.. 3 orang pun 3 orang la janji plan jadi.. Janji mesti ditepati :)
Eagle Square..1st destination.. Betul2 sebelah jeti. Panas giler masa ni.. Tak lalu cheq nak dok lama2 wei..hitam legam nanti..


Next.. Perdana Gallery. Tempat ni kena bayar. sure la tak masuk. Tangkap gambar kat luar je sebab nampak kapal besar cantek..hehe



Singgah pulak kat Durian Perangin Waterfall. kat sini best sejuk. Tapi tak mandi pun sebab takde orang. Bahaya kalau jadi pape. Tangkap gambar lagi.. well..tujuan utama untuk tangkap gambar jer..:)






Ni Tanjung Rhu Beach.. Tempat yang tak plan nak pergi. main redah jer.. pehhhhh cantek woo tempat nie.. Ni private island. memang sangat bersih and sangat cantik. Pulau keberapa tercantik kat Asia tah.. dah lupa.. memang terbaik la nak photoshoot kat sini.. Walaupun panas, gagah jugak nak tangkap gambar sebab teruja dengan kecantikan pulau nie..hehe 
Ada hotel 5star & macam2 aktiviti jugak kat sini..ok berangan kejap nak honeymoon kat sini..weeeehuuuuu
emmm gambar 3 orang ni mat saleh dari negara mana tah offer nak tolong tangkap kan.. laju je cakap yesss, nice.. one more one more..:)

Ha nak habaq mai satu kedai makan nie.. Lupa pulak nama dia pe. Tapi area keluar dari Tanjung Rhu tu la. murah giler giler.. nasi separuh, ikan kembung goreng dengan bendi dua, air suam, total RM1...mamapu????? seumur hidup tak pernah jumpa lagi makanan semurah ni..






Ok next..perut dah kenyang, singgah pulak kat Langkawi Craft Complex. Macam2 mak nenek kraftangan ada kat sini. batik, bakul2 anyaman, macam2 la. Muzium pun ada. Boleh beli jugak barang2 kat sana. Tapi harga dia mahal nak mamp.... orang budget macam kiteorang memang pandang je mampu. Yang penting masuk free, cuci mata, tangkap gambar :)










 Last destination before check in chalet..Langkawi Cable Car..
Sampai sini dah petang. Orang tu siap call, confirm nak check in ke tak.. Bak kata abang aku, orang2 kaya je holiday rehat2 banyak. Macam2 kita ni, selagi ada masa kita jalan.. Sampai2 terus jalan. Cable car sini lagi best dari genting sebab boleh nampak pemandangan langkawi. Cantik & sejuk.. Angin bersepoi2 bahasa kat atas tu. Nak lepak lama2 pun boleh.. Adult RM15, Children RM10..

Balik dari cable car terus check in motel. Kiteorang pilih Sugary Sands RM65. Paling murah, cukup la untuk 3 orang. bukan nak dok lama2 pun. Nak mandi & tido jer.

Gambar next day depan motel..First day tak sempat nak tangkap gambar.

Lepas check in golek2 atas katil kejap. Then terus turun mandi laut. Malam tu takde aktiviti pape pun. Lepas makan malam, jalan2 uptown kat pekan kuah. Pastu balik rehat untuk simpan tenaga next day......















2 comments:

  1. yui dok cari info pasal lagkawi ni..cdg nak p tahun dpn..hihih

    yg bju putih tu mcm yui pernh tgk..huhuh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete


Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™