Tuesday, 24 January 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T

Mood cintan-cintun pepagi nie..auuuwwww :)
Ok pepagi lagi dah on FB. Semua orang post status pasal cinta ok!!! ohhhhh pe kes ni?? semua orang bahagia dengan cinta ke baru putus cinta..huhu (actually not semua la, mostly). emm tertarik dengan ayat nie


Sekuat mana kita setia, Sehebat mana kita merancang, Selama mana kita menunggu, Sekeras mana kita bersabar, Sejujur mana kita menerima dirinya. Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, Kita tidak akan bersama dengannya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, Kita tetap akan bersama dengannya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..

So, tak payah la kita over sangat masa bercinta ni. Tiba masanya datang la jodoh kita tu. padahal aku dulu pun camtu jugak..hehe nasib la incik F ni buat keputusan yang bijak. tak couple tapi masing-masing tunggu masing-masing. boley?????? insyaAllah.. I belajar U cari duet bebanyak k..kurang dosa keluar berdua..hehehe


tapi betul ke perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki??? bila google tentang nie, rupanya tiada dalam Al-Quran pun. cuma perumpamaan sahaja. sifat perempaun seperti tulang rusuk, kalo kita cuba luruskan tulang rusuk tu pecah la kan. means kalo lelaki tu or suami selalu beri tunjuk ajar yang baik lama2 perempuan or isteri tu akan ikut..paham??? untuk lebih faham kena baca ni..dari blog Aisyah Humairah


Perempuan itu insan (manusia), sama seperti lelaki. Dan insan itu, baik lelaki mahupun perempuan, diciptakan Allah dari bahan yang sama, min nafsin wahidatin.

Perempuan itu zauj, yakni pasangan buat lelaki, dan lelaki pun zauj bagi perempuan. Sama dan sedarjat walaupun berbeza tugas dan pelengkapan jasmaniahnya untuk memudahkan menjalankan tugas masing-masing.

"Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)

Dalam tafsir al-Manar dengan pembahasan yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa nafsin wahidatin itu ialahalmahiyah wal-haqiqiyah, sesuatu dan hakikat. Kemudian dinyatakan:

"Yakni Dia menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat". (Tafsir al-Manar 4: 327)

Abu Muslim dan Ar Razi dalam tafsirnya berkata:
" Erti Dia menciptakan daripadanya pasangannya, Dia menciptakan dia dari jenis yang sama, maka adalah ia serupa dengan dia (tidak berbeza)".

" Dan dari antara kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu dari anfusikum - dari bahan yang sejenis dengan kamu - beberapa pasangan untuk kamu menenteramkan fikiran padanya, dan Allah membuat di antara kamu sekalian kecintaan dan kasih sayang". (Surah Ar-Raum: 21)

Isteri-isteri kita bukan sebahagian dari badan kita, dan tidak dibuat dari sebahagian badan kita.

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian seorang rusul dari anfusikum, yang sebangsa atau sejenis dengan kamu sekalian". (Surah At-Taubah: 128)

Dalam ayat tersebut diterangkan bahawa rasul itu darianfusikum. Tentu bererti bukan sebahagian dari badan kita, dan bukan pula dijadikan dari sebahagian anggota badan kita.

Demikian pula dalam hadis dinyatakan perempuan itu dibuat dari tulang rusuk. Bukan bahan asasnya dari tulang rusuk tetapi mempunyai sifat seperti itu.

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

No comments:

Post a Comment


Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon
© Copyright 2012| Izni In My Mind | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™